Selamat Tahun Baru 1435H.. :)


Assalamualaikum w.b.t
Salam Maal Hijrah buat semua reader Blog Saya Sihat. Alhamdulillah. Rasanya tak terlambat lagi nak wish kan? Sempena tahun baru ni, mari kita sama-sama mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w.
 

Sebenarnya terlalu banyak iktibar yang dapat kita ambil daripada peristiwa ini. Di sini saya kemukakan beberapa iktibar sebagai renungan bersama dan seterusnya untuk diaplikasi dalam kehidupan kita. Antaranya:

① Tawakkal dan bergantung harap kepada Yang Maha Esa
Inilah ramuan terbaik bagi seorang hamba tatkala diasak dengan pelbagai ujian dan dugaan dalam menghadapi kehidupan. Maka pergantungan kepada Tuhan merupakan prasyarat utama kejayaan. Inilah yang dilakukan Rasulullah SAW yang begitu yakin dengan janji Tuhan.

② Pembinaan masjid
Secara nyatanya masjid berfungsi dalam menjalinkan tali ikatan yang ampuh dan kukuh berkenaan dengan Habluminallah (hubungan dengan Allah swt) dan Habluminannas (hubungan dengan manusia). Dengan 2 ikatan tersebut sudah pasti syaitan tidak dapat untuk mempengaruhi, memperdaya dan menipu umat Islam. Kesannya akan jadilah masyarakat yang sentiasa berkasih sayang dan hidup dalam penuh keharmonian.

③ Ukhwah Islamiyah tonggak kesatuan
Betapa pentingnya ukhwah ini di mana ia merupakan agenda utama Baginda saw ketika sampai ke Kota Madinah, samada mempersaudarakan Aus dan Khazraj yang dinamakan Ansar. Seterusnya mempersaudarakan antara Ansar dengan penduduk Makkah yang berhijrah ke Madinah (Muhajirin). Antara matlamat Baginda saw ialah supaya tiada lagi unsur bersifat kekabilahan atau perkauman tetapi ditukar kepada Ukhwah Islamiah.

Sekian.. :)

★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆

CERITA SAYA:
Tahun baru, azam pun barulah kan. Hehe.. Sebenarnya saya tak apply pun azam tahun baru ni. Bagi saya, nak berazam ni, tak perlukan tahun baru. Hari-hari pun boleh apa untuk berazam! Bangun pagi, takpun sebelum tidur --> buat azam --> ESOK SAYA NAK CUSTOMER A BUAT PAYMENT UNTUK ESP. Haa.. macam tu lah lebih kurang ceritanya.. :)

Biasanya bila masuk tahun baru, saya akan buat plan apa yang saya nak buat. Kalau dulu saya just buat plan untuk kehidupan saya, tapi sekarang wajib buat plan untuk bisnes Shaklee tercinta saya. Ewahhh.. Antara target saya dalam bisnes Shaklee (saya kecilkan jangka masa sebulan - Nobember 2013):
① Saya MESTI naik rank Supervisor. Saya mesti mendapatkan 3000GUV bulan ini.
② Saya MESTI bina organisasi saya sendiri. Untuk bulan ini, saya mahukan 10-15 orang untuk saya guide mereka berbisnes dalam shaklee.

Dan untuk capai dua target ni, banyaaakkk sangat perkara yang harus saya lakukan. Sempena Maal Hijrah ni, makin berkobar-kobar pulak semangat nak berjuang! :) Kalau korang baca ni dan rasa macam nak join saya, nak tolong saya capai target saya, saya alu-alukan kedatangan kalian.. ;)

Hubungi saya,
Farah | 017-673 4603

No comments:

Post a Comment