Omega Guard : Membantu masalah tekanan darah tinggi


Assalamualaikum w.b.t
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tekanan darah tinggi atau hipertensi, sila rujuk sini.

Bagaimana Omega-3 menurunkan tekanan darah tinggi?
Omega-3 menurunkan paras trigliserida, kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Kajian di Barat menunjukkan ikan yang berlemak seperti ikan salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai kandungan omega-3 yang amat tinggi. Secara teorinya saintis berpendapat, omega-3 akan memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan ‘inflamasi’ mikro di seluruh tubuh manusia. Oleh kerana itu pemakanan ikan setiap hari amat digalakkan sebagai sebahagian dari cara pemakanan yang sihat yang boleh menurunkan paras kolesterol.

Bukti kajian sains tentang ikan dan kesihatan jantung
Banyak kajian telah dijalankan menunjukkan kesan baik pemakanan ikan dengan kesihatan jantung. Dalam satu laporan yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 1997, pengkaji mendapati dengan pengambilan omega 3 dengan makan ikan setiap hari menurunkan paras trigliserida darah sehingga 25%-30%.

Satu kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study 2. (The Diet and Reinfarction Trial), mengkaji hubung kait antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua. Hasil kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang makan ikan setiap hari.

Oleh kerana bukti-bukti saintifik yang semakin banyak dikumpulkan maka FDA di Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa kesan omega 3 (EPA dan DHA) mampu menurunkan risiko sakit jantung koronari. Ia juga telah membenarkan pengilang dan pengedar yang menghasilkan makanan dan suplemen mengiklankan bahawa produk yang mengandungi omega 3 boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dan menurunkan paras kolesterol darah.

Omega-3

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
sms/whatsapp : 017-6734603
emel : diana_1112@yahoo.com  

No comments:

Post a Comment