Bisnes Shaklee : Jadual Penulisan Entry



Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam nak share aktiviti saya dalam bisnes Shaklee ni dengan anda semua. Okay, sebelum ni, saya hanya fokus pada facebook dan fanpage saya sahaja. Dan blog ni ada lah update sekali tak sekala. Kononnya, macam busy la sangat tak sempat nak update bagai. Hehe.. Tapi sebenarnya untuk menulis entry yang baik, saya perlukan idea. Dan saya tak boleh nak paksa idea ni untuk datang sesuka hati.

Jadi, lepas berfikir panjang saya decide untuk buat jadual bagi memudahkan saya untuk mencari idea bila nak menulis. Dan inilah hasilnya:

Isnin Product Review
Disebabkan tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi tentang kelebihan dan keistimewaan produk shaklee, so memang ‘wajib’lah ada entry berkenaan product shaklee ni!

Selasa → Bisnes Shaklee
Dalam entry ni, saya akan bercerita segalanya tentang shaklee (selain produk). Aktiviti saya bersama Shaklee, kelebihan menjadi ahli shaklee, pengalaman bersama customers, impian bisnes shaklee, promotion, dll.

Rabu → Set Shaklee
Umum dah tahu yang dalam shaklee, banyak set yang diperkenalkan bersesuaian dengan masalah kesihatan seseorang. Dalam entry ni, saya akan explain in details tentang set-set tersebut bersama-sama dengan fungsinya.

Khamis → Testimoni
Hari Khamis hari khusus untuk testimoni pengguna. Saya akan kongsikan testimoni daripada pengguna shaklee. Sumber testimoni adalah daripada customer saya sendiri, dan juga daripada group khas kami.

Jumaat → Masalah / Info Kesihatan / Tip Kesihatan
Saya akan kongsikan tentang info-info berkaitan kesihatan secara umum. Mungkin tentang punca penyakit, tip-tip kesihatan, petua orang dulu2 tentang kesihatan dll.

Sabtu → Cerita Saya
Anything related to myself! Aktiviti mingguan saya, perancangan, hasil karya dan saya akan cuba kaitkan dengan isu kesihatan juga!

Ahad → Santai / Wordless Sunday
Hari tanpa penulisan. Hanya poster / gambar semata-mata.. :D

Bila buat jadual macam ni, saya rasa senang nak fokus! Let say hari ini hari Rabu, so temanya adalah set shaklee. So I just need to focus on shaklee’ set. Tak perlu nak fikir dah hari ini nak tulis tentang apa? Testimoni? Kelebihan produk? Masalah kesihatan? Promotion? Or whatever. Mudah dan secara tak langsung menjimatkan masa.

Aku Adalah Aku


Dan saya rasa ianya juga memudahkan bagi anda, betul tak?

No comments:

Post a Comment