Vitamin Untuk Ibu Mengandung; Ibu Cergas, Anak Sihat!

Assalamualaikum w.b.t

Lately, saya selalu dapat pm daripada customers yang bertanyakan tentang set ibu mengandung. Tahukah anda, kesihatan keseluruhan dan pemakanan seorang wanita, sebelum & semasa kehamilan memberi kesan terhadap kesihatan bayi?

Shaklee menawarkan nutrisi penting sepanjang tempoh kehamilan dan juga selepas kelahiran bayi. Tapi dalam entry ni, kita fokus pada SET IBU MENGANDUNG, ya! So, nak tahu apa suplemen yang terkandung dalam set ini? Check it out!

Ibu Hamil


① Asid Folik (B-complex)
(badan tidak hasilkan B-complex, jadi kita perlu dapatkannya daripada pemakanan & suplemen). Antara kepentingan asid folik bagi ibu mengandung termasuklah untuk:
perkembangan fizikal dan saraf bayi
perkembangan otak
pemulihan selepas bersalin
kurangkan risiko kemurungan
tingkatkan fungsi saraf
mencegah kecacatan tiub neural
mencegah kencing manis
kurangkan risiko kelahiran pra-matang
motor sensor

Dos yang dicadangkan untuk wanita bersedia untuk hamil ialah 400mcg sehari.
Manakala dos untuk wanita hamil ialah 1,000 mcg sehari.

② Iron / Zat Besi (Vitalea)
vitalea mengimbangi nutrien, mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk asid folik dan juga iron (zat besi)
zat besi merupakan komponen penting dalam pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen kepada bayi
mengurangkan risiko kelahiran pramatang
kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia
nutrien yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan kelahiran pramatang

Dos yang biasa dicadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg.
Manakala dos untuk wanita yang tidak hamil ialah 18mg.

PERHATIAN!!
Bagi menggalakkan penyerapan zat besi dengan lebih baik, elakkan pengambilan makanan jenis tenusu seperti susu, termasuklah suplemen yang mengandungi kalsium. Atau dalam bahasa mudahnya, pil suplemen zat besi tidak boleh diambil bersama-sama dengan suplemen kalsium.

③ Kalsium (Ostematrix)
melegakan sakit belakang & menghalang osteoporosis
kalsium penting untuk membina dan menghasilkan tulang yang kuat
penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi

Dos yang biasa dicadangkan untuk wanita hamil ialah 1,000 mg sehari.
Manakala dos untuk wanita yang tidak hamil ialah 18mg.

④ Omega-3 (Omega Guard)
bantu perkembangan otak janin
membentuk sistem saraf
menjamin penglihatan yang baik

Dos yang biasa dicadangkan untuk wanita hamil dan menyusu ialah 200-300  mg sehari.

⑤ Vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus)
merangsang penyerapan zat besi dan folic acid
penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan
meningkatkan sistem imun - membantu melawan jangkitan & penyakit

⑥ Protein (E.Soy Protein)
kekurangan protein dikaitkan dengan kecacatan pada bayi
memastikan pertumbuhan bayi normal
protein merupakan blok-blok pembinaan asas badan ibu dan bayi

Akhir kata, Perlukah Ibu Hamil Mengambil Suplemen?
Pengambilan suplemen memang digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kelahiran pra-matang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Selain itu, ianya dapat membantu memberi kekuatan dan kesihatan yang baik buat si ibu sepanjang tempoh kehamilan. Pengambilan suplemen juga dapat membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi di kalangan wanita yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan semasa awal kehamilan.

Sumber Rujukan:

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah);
sms/whatsapp : 017-6734603
http://bit.ly/PM_Farah

1 comment:

  1. terbaikkk!! air pun penting juga, air yang bersih ya, insyaAllah, saya boleh consult kalau mengenai air :)

    ReplyDelete