Wanita & Kehamilan


Assalamualaikum w.b.t

Setiap hari kita dihidangkan dengan masalah-masalah berkaitan kesihatan kesihatan terutama bagi ibu yang mengandung buat kali pertama. Jika dibiarkan tanpa ada pencegahan ia akan memudaratkan kesihatan. Jangan malu untuk berjumpa dengan doktor atau pakar bagi membincangkan masalah yang dihadapi kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

① Apakah masalah-masalah yang selalu terjadi kepada wanita di awal kehamilannya selain daripada ‘morning sickness’?
Selain dari ‘morning sickness’, masalah-masalah lain yang selalu dialami oleh wanita di awal kehamilan adalah bengkak buah dada, kekerapan membuang air kecil, sembelit, cepat letih/penat, pening dan sebagainya. Ini semua disebabkan oleh paras hormon estrogen dan progesteron yang tinggi di dalam badan.

② Benarkah ketika mengandung, masalah seperti sembelit dan kerap membuang air kecil terjadi? Apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini?
Masalah sembelit berlaku disebabkan paras hormon progesteron yang tinggi melambatkan peristalsis (pergerakan) usus. Ia akan menjadi lebih buruk jika terdapat faktor kekurangan air dan kurangnya makan makanan berfiber, dan kandungan yang semakin membesar.

Untuk masalah sembelit, pastikan anda mengambil air yang mencukupi (8-10 gelas sehari) dan makan makanan yang mengandungi fiber yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Sekiranya masih lagi mengalami sembelit, anda bolehlah mengambil jus buah seperti jus prun yang mengandungi bahan pelawas lemah di dalamnya. Sekiranya masalah tersebut masih berlaku lagi, maka eloklah berjumpa dengan doktor untuk tindakan selanjutnya.

Bagi masalah kerap membuang air kecil pula, ia biasanya tidak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi pada trimester ketiga kehamilan. Ini disebabkan rahim dan bayi yang semakin membesar menyebabkan pundi kencing tidak boleh menampung jumlah kencing yang banyak. Namun kadang-kadang ia boleh disebabkan oleh jangkitan pada pundi kencing. Sekiranya terdapat kesakitan pada bahagian bawah abdomen, pedih semasa membuang air kecil atau terlalu kerap kencing (setiap ½ jam sekali), kencing yang sedikit-sedikit atau tidak puas, maka haruslah mendapat pemeriksaan doktor.

③ Selepas melahirkan anak, dikatakan wanita mudah mengalami masalah kekurangan zat besi di dalam badan. Adakah digalakkan wanita yang mengalami masalah ini mengambil makanan berkhasiat?
Kebanyakan makanan seperti sayuran hijau, bijirin dan buah-buahan mengandungi zat besi. Namun, contoh makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi berbanding makanan lain (bagi setiap 100mg) adalah seperti makanan laut (udang, kerang, tiram), hati (ayam, lembu, kambing) dan spirulina.

Anda juga boleh mengambil susu ibu mengandung semasa hamil dan menyusukan anak kerana susu ini telah diperkayakan dengan zat besi tambahan, di mana ia dapat memenuhi keperluan tambahan yang diperlukan oleh wanita tersebut.

④ Adakah ianya normal jika ketika hamil wanita mengalami masalah keputihan dan bagaimanakah cara yang betul untuk menanganinya?
Tentu sekali masalah keputihan adalah tidak normal. Tetapi ia adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita hamil. Ini berlaku disebabkan paras hormon yang tinggi ketika hamil merubah pH dan kelembapan vagina. Perubahan ini menggalakkan perkembangan kulat atau yis yang dipanggil candida; lalu menyebabkan masalah keputihan. Masalah ini boleh menyebabkan kegatalan atau lendir putih pekat yang banyak, namun ia tidak membahayakan kesihatan ibu dan bayi.

Tidak ada cara tertentu yang betul untuk menangani masalah ini. Cuma, sekiranya masalah keputihan itu sedikit dan tidak mengganggu, anda tidak perlu risau. Sekiranya keputihan itu semakin banyak, bertukar kekuningan atau menyebabkan kegatalan, maka anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan atau ubat.

Salah satu tip untuk mengurangkan masalah keputihan adalah dengan mengambil produk probiotik atau menggunakan pencuci wanita. Namun, ia masih tidak akan 100% menghalang masalah ini untuk berlaku.

⑤ Jika wanita yang disahkan mengidap penyakit jantung semasa hamil, bagaimana risiko yang akan dialami oleh anak di dalam kandungan?
Risiko anak di dalam kandungan bagi wanita yang mempunyai penyakit jantung bergantung kepada seteruk mana masalah jantung tersebut. Tumbesaran anak boleh atau mungkin terganggu sekiranya jantung tersebut tidak boleh mengepam jumlah darah yang mencukupi, yang diperlukan oleh janin. Semasa hamil, jantung perlu bekerja lebih kuat, atau berdegup lebih kerap untuk membekalkan cukup aliran darah kepada bayi. Ini pentng kerana bayi memperoleh nutrisi dan oksigen yang diperlukan bagi perkembangan dan tumbesaran melalui aliran darah ini. Sekiranya kapasiti jantung wanita tersebut sangat rendah maka tumbesaran janin akan terencat, ia akan mudah lemas atau mungkin berisiko untuk meninggal di dalam kandungan.

Satu lagi risiko adalah sekiranya penyakit janting itu adalah kecacatan kongenital (sejak lahir). Bagi wanita yang menghadapi penyakit jantung kongenital, risiko anak untuk mendapat penyakit jantung adalah di antara 3-12%. Namun, sekiranya penyakit itu disebabkan oleh jangkitan kuman pada injap dan sebagainya, maka tiada risiko tambahan terhadap bayi yang dikandung.

⑥ Penyakit hipertensi sering berlaku kepada wanita yang mengandung, tetapi fakta merujuk kepada golongan yang hamil di usia muda. Adakah benar wanita yang hamil di usia muda adalah tinggi untuk mendapat penyakit hipertensi (darah tinggi)?
5% dari kalangan wanita hamil menghidapi masalah hipertensi semasa mengandung; 10% dari kehamilan pertama, dan 20-25% pada mereka yang memang mempunyai penyakit hipertensi kronik. Oleh itu, lebih ramai wanita yang hamil di usia

Sumber: Majalah Pengantin, Oktober 2013, ms 268-269

No comments:

Post a Comment