Aku Adalah AKu

Assalamualaikum w.b.t.

“Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang ingin kamu lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan…”

(Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)

★☆★☆★☆★☆★

Salahkah aku kerana menjadi aku?
Silapkah aku mahu menjadi diri sendiri?

Perlukah aku berubah?
Berubah demi orang lain?
Untuk memuaskan hati yang lain?

Tidak.
Itu bukan aku.

Aku hanyalah insan biasa.
Yang hidup di muka bumi ini.
Demi memperbaiki diri.
Untuk mendapatkan keredhaan-Nya semata-mata.

Aku adalah aku.

No comments:

Post a Comment