11 Tip untuk meningkat kesuburan



Assalamualaikum w.b.t

Dah lama sebenarnya nak share tentang tip2 ni. Lagi2 bila ramai sangat yang pm/sms bertanyakan tentang set kesuburan shaklee. Jadi bila terjumpa tip2 ni dalam buku “Allah Doktorku”, terus berhasrat untuk kongsikan bersama readers. Simple yet interesting.
So readers, happy reading!


1. Fahami proses kehamilan
Memahami bagaimana sistem pembiakan berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor kesuburan

2. Jumpa doktor
Pastikan bebas daripada sebarang masalah dengan membuat rawatan doktor

3. Berat badan yang ideal
Sekiranya mempunyai berat badan yang berlebihan atau berkurangan, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan

4. Ketahui waktu subur
Hari subur wanita cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, peluang untuk hamil adalah tinggi

5. Hubungan seks yang kerap
Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan wanita hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari

6. Tingkatkan kesuburan suami
Pastikan kesihatan reproduktif suami pada takat optimum dengan mempraktikkan cara hidup sihat

7. Multivitamin
Wanita disarankan untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Lelaki pula disarankan untuk mengambil suplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma

8. Bersenam secara rutin
Bersenam adalah cara untuk sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin

9. Makanan yang seimbang
Mengawal pengambilan makanan terutama apabila mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil

10. Kurangkan tekanan
Tekanan sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan. Lakukan aktiviti-aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan

11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras
Rokok, dadah dan minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan kompilasi kehamilan


Pregnancy Test

Semoga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.

2 comments:

  1. harap apa yang kami praktikkan akan membuahkan hasil insyalla..

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah.. Jangan lupa berdoa juga ye.. :)

    ReplyDelete