Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?



Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ni tak nak sentuh tentang shaklee or fakta kesihatan semata-mata. Kali ni, kita bagi santai sikit, boleh? Nothing surprise or interesting pun! Cuma dalam proses nak tingkatkan motivasi diri. Atau lebih tepat lagi, mahu muhasabah diri.

Saya suka jugak sebenarnya buat blogwalking. Seronok baca kisah kehidupan para blogger lain. Dan seringkali juga membandingkan dengan diri yang tak seberapa ini. Rasa betapa bersyukurnya diri ini bila dibandingkan dengan ujian dan cabaran hidup yang pernah dihadapi orang lain. Memanglah. Hidup ini bukannya mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui untuk memajukan diri ke hadapan. Tak ada cabaran, tak adalah kemajuan, betul tak?

Dan selalu juga berfikir. Apa yang aku mahukan dalam hidup ini sebenarnya? Persoalan yang kerap kali bermain di fikiran. Lebih-lebih lagi, bila keseorangan. Lepas berfikir, berfikir dan berfikir. Bukan sehari dua. Malah, makan bertahun. (Betapa komplikatednya aku!). Saya meletakkan 6 matlamat ini dalam hidup saya.


① Saya mahukan kehidupan yang berpaksikan Islam sebagai tonggaknya. Saya nak, segala apa yang saya buat demi Allah semata-mata.

② Saya nak membina keluarga saya sendiri. Penyatuan dua jiwa yang menjadikan Allah sebagai matlamatnya. Saya juga mahukan bakal anak-anak yang sanggup berjuang untuk Islam.

③ Saya mahu lebih berbakti kepada saudara Islam yang lain. Samada bantuan fizikal ataupun dari sudut kewangan.

④ Saya juga mahu Shaklee sebagai sumber pendapatan, di mana saya akan gunakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri. Juga untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

⑤ Saya mahu menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif, tiada ragu bila mahu melakukan kebaikan. Dan sentiasa berfikir ke hadapan.

⑥ Saya nak sentiasa senyum walau dalam apa keadaan sekalipun. Senyum itu kan satu sedekah!


Inilah antara perkara saya selalu saya fikirkan. Nampak mudah, kan? Mudah, sekiranya kita tidak beralasan! Inilah cabaran utama saya sebenarnya. Setiap hari, bahkan setiap saat, saya perlu berperang dengan diri sendiri untuk menjayakan matlamat-matlamat kehidupan saya ini. Walau apapun yang berlaku, saya perlu untuk terus maju dan berusaha agar suatu hari nanti, saya akan berjaya mencapai matlamat-matlamat atau impian saya ini.


“Farah, what is your dream?”
“Farah mahukan kebahagiaan yang hakiki. Eternal happiness”

No comments:

Post a Comment