Cycling di Taman Botani, Putrajaya



Assalamualaikum w.b.t

Rasanya tak terlambat lagi nak update tentang cerita Taman Botani ni. 2 minggu lepas, saje spend masa di Taman Botani. Sebenarnya rasa macam sangat bosan tak tau nak buat apa duduk di rumah. So terus ajak BFF untuk buang masa di sana. More to beriadah sebenarnya. Sambil menjamu mata dengan pemandangan menghijau. So boleh lah release tension. Kalau tak tension pun, boleh melapangkan fikiran. At least, tak adalah otak ni asyik berfikir soal kerje, life, pasangan and lain-lain lagilah.

Sampai kat Taman Botani dalam pukul 9 pagi. Terus ke kaunter nak sewa basikal.. Malangnya, semua basikal telah habis! Uwaa.. kecewa tau! Tapi takpe.. Kami ronda2 dulu area berdekatan dengan berjalan kaki. Exercise babe.. Memang pujuk hati dengan kata2 “takpe, boleh bakar kalori banyak2”.. haha.. tapi tak ada maknanya! Berjalan sikit, rehatnya yang lama. Borak2 kosong. Juga lebarkan pandangan tengok keletah orang sekeliling. Menghiburkan.. :)

Dalam pukul 1045 barulah dapat 2 buah basikal. Kami sewa untuk 2 jam, okay! Bajet stamina tinggi la boleh kayuh basikal 2 jam non-stop.  Mestilah tak.. Kami just pusing2 taman botani. And bila tengok pemandangan menarik, berhentilah kejap untuk ambil gambar. Very refreshing, you know.. Sekali sekala bila keluar menghirup udara segar memang terasa dicaj2 aura positif tu..


Untuk makluman, harga untuk sewa basikal adalah seperti berikut:
- Weekdays : RM2 / hour
- Weekend : RM4 / hour

 


If uolls ada masa lapang, silalah melawat Taman Botani ye!  

No comments:

Post a Comment