Jiwaku..~



Assalamualaikum w.b.t

Bersihkan hati, Bersihkan jiwa.. Kembalilah kepada fitrah kejadian manusia..

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” - (Surah al-An’am, ayat 125)


Pendorong hati; Pengubat jiwa..~

“Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya,  mendirikan solat,
dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik .” - (Ar-Ra’d – Ayat 22)

“Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang ingin kamu lakukan,
Kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan…” - (Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)

“Sesiapa yang suka diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, mka hendaklah ia menjalankan hubungan tali silaturrahim.” - (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

“Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri, Dan jika kamu berbuat jahat , maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri..” - (Al-Isra’ – Ayat 7)

“Syaitan menakut kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnianya) lagi Maha Mengetahui” - (Al-Baqarah – Ayat 268)

1 comment:

  1. subhanallah,...moga tidak tergolong dikalangan orang2 yang munafik...

    ReplyDelete