Kesan cuaca panas terhadap manusia

Assalamualaikum w.b.t

Hampir 2 bulan negara kita mengalami masalah kemarau. Kalau ikut pada ‘site diary’ di tempat kerja saya, tiada rekod penurunan hujan sepanjang bulan februari hari tu. Air di sungai semakin kering dan level air di empangan juga hampir sampai ke tahap kritikal. (Kerja saya ada kaitan dengan sistem bekalan air, so tahu serba sedikit tentang ni). Dan sekiranya masalah ini berpanjangan, mungkin bekalan air akan dicatu pula. Selangor dah pun jalankan pencatuan air ni, kan? Nampak tak kepentingan air di sini?

Kita tahu manusia memerlukan air untuk terus hidup. Jadi, apakah kesan cuaca panas terhadap tubuh kita?

① Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh kita
② Kesan terhadap kesihatan boleh terjadi daripada tahap sederhana yang boleh menyebabkan maut, contohnya akibat strok haba
③ Keadaan panas terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma)

Apakah simptom penyakit akibat cuaca panas?
① Sakit kepala
② Keletihan
③ Lemah tumpuan
④ Pening
⑤ Lemah otot atau kekejangan
⑥ Mual dan muntah

Siapakah yang berisiko mendapat penyakit di atas?
① Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan polis
② Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas) mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding yang lebih muda
③ Kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah
④ Penghidap penyakit sistem pernafasan
⑤ Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid

Nota : Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan atau pengeringan peluh.

Bagaimana caranya mengurangkan kesan panas terhadap diri?
① Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. JANGAN TUNGGU SEHINGGA DAHAGA
② Minum MINUMAN ISOTONIK kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang ketika berpeluh
③ Sejauh yang boleh, anda perlu BERADA DI DALAM RUMAH atau bangunan
④ HADKAN AKTIVITI LUAR
⑤ KERAP BEREHAT
⑥ MANDI atau guna kipas angin untuk menyejukkan tubuh
⑦ Pakai PAKAIAN RINGAN, bewarna terang dan LONGGAR
⑧ Pakai TOPI atau PAYUNG BESAR

Selain itu, anda juga boleh lakukan perkara berikut sebagai salah satu cara untuk atasi masalah panas ni.
① TANGGALKAN PAKAIAN KETAT
② Letakkan KAIN BASAH & SEJUK pada badan
③ Gunakan KIPAS untuk sejukkan badan
④ MINUM AIR setiap 15 minit
⑤ DAPATKAN BANTUAN jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber : Kementerian Kesihatan


 Semoga entry ini memberi manfaat buat anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment