Manfaat air untuk kesihatan



Assalamualaikum w.b.t

Kita selalu disarankan agar minum air 8 gelas sehari. Ataupun minum air sekurang2nya 2 liter sehari. Tapi pernah tak kita ambil tahu kenapa pakar kesihatan menyarankan yang sedemikian?

Secara normal, kita memerlukan dua liter atau 8 gelas air sehari. Air diperlukan untuk mengganti cairan yang keluar daripada tubuh melalui air kencing, pepeluhan, pernafasan dan lain-lain.


Tahu tak? Selain sebagai penghilang dahaga, air juga mempunyai banyak manfaat. Air dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dengan cara mudah dan murah. Berikut saya senaraikan beberapa manfaat yang dapat diperoleh melalui pengambilan air kosong yang mencukupi:

1) Melancarkan Sistem Pencernaan
Dengan minum air dalam jumlah yang mencukupi setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya menghindari masalah sembelit. (Sangat setuju!! Kebanyakan orang yang minum air yang mencukupi pasti mam’buang’ setiap hari!!). Pembakaran kalori juga akan berjalan efisien. Air kosong membantu melambatkan tumbuhnya zat-zat penyebab kanser serta mencegah penyakit batu karang pada ginjal dan hati.

2) Perawatan Kecantikan
Apabila kurang minum air kosong, tubuh akan serap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkedut. Selain itu, air kosong dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit. (Suka sangat point ni!!). Disebabkan itulah,  seseorang digalakkan mengambil 8 gelas air sehari. Tapi, dalam masa yang sama, kita harus juga menjaga kebersihan luaran seperti dengan mandi dan mengambil makanan berkhasiat.

3) Kesuburan
Pengambilan air yang cukup juga akan tingkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen pada wanita. Menurut kajian, jika seseorang sering mandi dengan air sejuk, maka peredaran darahnya akan lancar dan tubuh terasa lebih segar bugar. Mandi dengan air sejuk akan tingkatkan produksi sel darah putih di dalam tubuh serta tingkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus. Bahkan mandi dengan air sejuk pada waktu pagi dapat tingkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Sekaligus kesuburan serta daya seksual pun akan meningkat.

4) Sebagai ubat strok
Air panas bukan hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit tapi juga berkesan untuk mengubati lumpuh yang disebabkan oleh strok. Ini disebabkan air dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan. Kesan panas itu akan menyebabkan pelebaran pembuluh darah, meningkatkan peredaran darah serta mencegah kekejangan otot, menghilangkan rasa sakit serta menenangkan fikiran.

Kandungan ion-ion dalam air panas seperti magnesium, hidrogen karbonat san sulfat membantu pelebaran pembuluh darah dan memudahkan peredaran darah. Selain itu, pH dalam air mampu mensterilkan kulit.

5) Kesan Relaks
Cubalah berdiri di bawah pancuran air dan rasakan kesannya pada tubuh. Curahan air yang jatuh ke tubuh terasa seperti urutan dan mampu menghilangkan rasa letih. (Bayangkan cuaca panas, then berendam dalam air. Bestnya.. Rasa segar sangat kan!!) Bukan itu sahaja, ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air panas bersuhu sekitar 37oC. Jika kaki terasa lenguh, kita sering dianjurkan untuk merendam kaki dengan air panas yang dicampur sedikit garam.

6) Menguruskan badan
Air kosong juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran di dalam tubuh yang akan lebih cepat keluar melalui air kencing. Bagi yang ingin kuruskan badan, minum air panas sebelum makan merupakan satu cara untuk mengurangkan jumlah makanan yang diambil. Tambahan pula, air kosong tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah minum air kosong pada suhu sederhana, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Nak tahu bagaimana air boleh bantu kuruskan badan. Klik sini.

7) Tubuh lebih segar
Khasiat air bukan sahaja hanya untuk membersihkan tubuh, tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Jika tidak makan, kita masih boleh bertahan sehingga beberapa hari. Tapi, kalau tak minum dalam masa beberapa hari, kita akan mengalami dehidrasi yang sangat teruk yang akan melumpuhkan seluruh organ dan badan.

8) Keseimbangan badan
Jika jumlah air menurun di dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria dan virus. Namun, tubuh manusia mempunyai mekanisma dalam mempertahankan keseimbangan jumlah air yang masuk dan yang dikeluarkan.

Rasa haus pada setiap orang merupakan mekanisma normal dalam mempertahankan jumlah air di dalam tubuh. Air yang diperlukan tubuh kira-kira 2.2 liter hingga 2.5 liter (8 hingga 10 gelas) sehari. Air dikeluarkan tubuh melalui air kencing dan pepeluhan.


Jumlah air yang dikeluarkan tubuh melalui air kencing adalah lebih kurang satu liter sehari. Dalam masa yang sama, air yang terbuang melalui pepeluhan dan saluran nafas dalam sehari maksimum satu liter. Namun, jumlah ini bergantung kepada persekitaran suhu.

Semakin banyak kita melakukan aktiviti, maka semakin banyak air yang hilang daripada tubuh kita. Oleh itu, pakar kesihatan mengingatkan agar jangan hanya minum apabila dahaga. Biasakan banyak minum air tidak kira ketika sedang dahaga mahupun sebaliknya.

Jika berada dalam ruangan berhawa dingin, dianjurkan untuk minum lebih banyak air kerana udara yang dingin akan menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi lebih cepat.

Banyak minum air akan mengelakkan kulit daripada kekeringan. Malahan di ruang yang suhunya tetap juga dianjurkan untuk membiasakan minum meski tidak terasa haus untuk menyeimbangkan suhu badan.

Kalau rasa macam susah sangat nak minum air banyak-banyak ni, boleh cuba Tips Minum 3 Liter Air.


Semoga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.

2 comments:

  1. 1 liter air pun kekadang susah nak habiskan...hehe

    ReplyDelete
  2. Hai sis.. maybe boleh cuba tips ni --> http://qaseh-delima.blogspot.com/2012/11/tips-minum-3-liter-air-sehari_19.html

    :)

    ReplyDelete