Pengurusan Berat Badan



Assalamualaikum w.b.t

Pengumuman. Entry kali ni adalah tentang info semata-mata. Bukan sebarang info tau. Pengurusan Berat Badan. Nampak macam remeh. Tapi kalau kita faham betul-betul, boleh mengelakkan daripada berlakunya masalah obesiti ataupun terlebih berat badan. Readers, happy reading!

Bagaimana mengetahui status berat badan saya?

Anda boleh menilai status berat badan dengan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT). Indeks Jisim Tubuh menentukan sama ada anda mempunyai risiko yang tinggi atau rendah dalam mengalami masalah kesihatan. IJT adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian anda. Ia di kira menggunakan formula seperti berikut

IJT = Berat ( kilogram )
________________________
Tinggi (meter) x Tinggi ( meter )

Jika IJT anda ( kg/m2)  adalah :
Anda adalah
< 18.5
Kekurangan berat badan
18.5 - 24.9
Normal
25 - 30
Berlebihan berat badan
30 atau lebih
Obes
 








Apa itu berat badan yang sihat?
Jika nilai IJT anda adalah di antara 18.5 sehingga kurang daripada 25, maka berat badan anda adalah normal. Contoh , seorang perempuan dengan ketinggian 1.5 meter dan berat badan 53 kg akan mempunyai IJT :

53/(1.5 x 1.5) = 23.5 kg/m2
( berat badan normal)

Mengapa penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat?

Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat. Mengekalkan berat badan yang sihat boleh mengurangkan risiko pelbagai komplikasi kesihatan.

Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berisiko tinggi mendapat penyakit seperti, darah tinggi, sakit jantung, penyakit pundi hempedu dan osteoarthritis.

Obesiti juga meningkatkan risiko bagi sesetengah jenis kanser seperti kanser kolon, rektum, prostat, pundi hempedu, serviks, endometrium dan ovari.

Obesiti turut memberi kesan kepada pergerakan , ketahanan fizikal dan fungsi fizikal yang lain.

Mereka yang obes juga mungkin mempunyai kurang yakin terhadap diri sendiri.

Bagaimana saya boleh mengekalkan berat badan yang sihat?

Tip kurus

Tip yang sihat dan praktikal untuk mengekalkan berat badan sihat :

Kekalkan berat badan dalam julat antara  18.5 kg/m2 dan 24.9 kg/m2.

Rancang diet sihat yang mengandungi pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.

Kekal aktif setiap hari. Mereka yang sentiasa aktif akan berjaya mengekalkan berat badan.

✎✎ Cara hidup yang  aktif akan memberi banyak kebaikan di dalam pengurusan berat badan, jantung yang sihat, tulang yang kuat dan mengurangkan stres.

✎✎ Untuk pengurusan berat badan, anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal secara sederhana selama  30 minit sehari (4 – 5 kali sehari). Jangka masa yang pendek dibenarkan tetapi sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Sumber info : Portal MyHealth

Semoga entry ini memberi manfaat buat anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment