Sihat itu Mahal?



Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ni saja nak sembang santai jer. No product review, no promotion, no tips kesihatan. Just taip randomly! Boleh tak? Mestilah boleh, blog ai. Hahaha..

Rasa-rasa korang la sihat tu murah ke mahal? Sekarang ni, masa tengah sihat ni, memanglah tak rasa apa-apa. Tengah sihatlah katakan! Tapi bila dah mula sakit, banyak sebenarnya perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. Contohnya, kalau kita demam. Pergi klinik, ambil ubat. Kurang-kurang mahu RM30 melayang. Sekaligus. Dengan kos rawatan, ubat demam, ubat batuk, ubat selesema, antibiotik lagi! Tu baru demam biasa. Macam mana pulak kalau sakit2 kronik yang lain? Strok? Sakit jantung? Osteoarthritis? Kencing manis? Agak-agaknya berapa kos perbelanjaan sebulan?


Yep, so true! Bila kita sakit, barulah terasa betapa berharganya sihat tu. Bila kita perlu belanjakan wang untuk ubat-ubatan, barulah terasa mahalnya sihat itu.

Jadi betullah sihat itu mahal? Bagi saya sihat itu tidak mahal tapi sihat itu mudah!

Sekian sahaja entry kali ini.. :)

No comments:

Post a Comment