Weekend activity : Wall Climbing!



Assalamualaikum w.b.t

Setelah lebih sebulan merancang, akhirnya aktiviti wall climbing ini berjaya juga dilaksanakan! Ktrg beli ticket RM25 per person guna groupon voucher (instead of rm75). Masa climbing adalah 2 jam. Climbing equipment provided.

Pada tarikh yang dijanjikan, kami pun tiba di Extreme Park Shah Alam pada pukul 9.30 pagi. Dan hanya memulakan aktiviti panjat memanjat pada pukul 10 am. Perhatian untuk korang! Kalau beli groupon voucher, sila print voucher dan bawa sekali voucher tu, okay! So that nanti mudah untuk pengurusan diorang claim pada groupon.
 
 
Mula2 kami diberi briefing dan demo macam mana nak jadi spiderwoman. Excited sangat! Ada 4 level semuanya. Dan kami bermula dengan level 1. Level 1 ni banyak batu dan batunya pun besar, so tak ada masalah nak memanjat. Kat sini, banyak kena guna kekuatan kaki untuk menolak badan naik ke atas. Rasanya semua pun laju je lepas level 1 ni. Orang kata baru nak berkenal-kenalan, kan.. :)

Masuk level 2. Dah mula rasa tertekan sikit. Perlukan kekuatan tangan untuk tarik badan naik ke atas. Batu2 makin berkurangan. Sampai satu point siap boleh rehat lagi kat atas tu. Haha. Sebab dah letih sangat. Tangan pun dah terketar2. Tapi tetap kuatkan semangat, buat juga. Akhirnya berjaya sampai juga ke puncak! Untuk makluman, ketinggian untuk level 1 dan level 2 ni adalah 10 meter. Dah sampai atas baru tengok bawah. Mak aih! Tingginya..

Level 3 betul2 mencabar keupayaan diri. Fizikal dan mental. Perlukan gabungan kekuatan kedua-dua tangan dan kaki. Batu-batu nye jarak2 dan kecik2. Sampai satu point memang rasa dah nak give up! Beberapa kali cakap nak turun,  tak nak sambung sebab dah tak larat. Kaki dan tangan sama2 menggeletar. Beberapa kali juga terlepas nak capai batu2 tu (nasib baik ada tali keselamatan). Tapi member2 keep motivate me untuk teruskan. Jadi paksa diri jugak lah! And finally, sampai jugak kat atas sana dengan ketinggian 12.5 meter. Lega. Gembira dan terharu. Tak sangka berjaya juga! Walau amek masa hampir setengah jam. Haha.. poyos!

Level 4? Surrender! Dah tak ada kekuatan nak panjat dah.. hehe.. Sesekali buat aktiviti outdoor macam ni memang seronok. Nak2 dah lama tak lepaking bersama member2 seangkatan. Bila buat aktiviti macam ni, secara tak langsung merapatkan lagi ikatan persahabatan. Saling menyokong antara satu sama lain. Bagi semangat.. Syukur sangat dapat kawan2 macam ni.. :)



Kesimpulannya, bila nak buat aktiviti macam ni, buatlah persediaan dulu. Kuatkan stamina. Bila dapat buat semua level, baru lah rasa puas kan. And pastikan pakai kasut yang bersesuaian jugak! Kalau tak pakai kasut pun boleh. Tapi sakit woo..

Nota kaki : Maaf tak dapat nak attach gambar memanjat. Sebab seksi sangat!

Terima kasih baca cerita saya.


No comments:

Post a Comment