6 Penyebab Berat Badan Meningkat



Assalamualaikum w.b.t

Korang tahu tak yang kita boleh tambah berat badan semasa di pejabat tanpa kita sedari. Pengalaman saya sendiri, sejak bekerja ni sememangnya cepat sangat berat badan ni naik. Mungkin disebabkan faktor usia (Ada yang mengatakan semakin berusia, kadar metabolisma kita semakin menurun). Dan mungkin juga disebabkan persekitaran kerja tu sendiri. Lagi2 kalau kita memang jenis yang kerja mengadap komputer dari pagi sampai ke petang. Korang keje luar ke? Sama jugak! Kalau keje luar lagi banyak cabarannya. Asik nak singgah kedai hilangkan dahaga je kejenya. Betul tak? Tak masuk lagi kalau pegi training ke seminar ke kursus ke.. Aktiviti makan memang ‘wajib’!

Jadi selain faktor-faktor di atas, CareerBuilder.com telah melakukan satu kajian untuk mengetahui penyebab kepada seseorang itu ‘gemuk’  ketika di tempat kerja. Hasil kajian mendapati:

1) Makan kerana stres
37% responden bersetuju bahawa stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat sehinggakan mereka ingin makan makanan yang enak. (Saya juga tergolong dalam golongan ini. Asal stres je mesti nak makan yang sedap2. Hehe..)

Ketika stres, jangan sesekali terus mengambil kerepek kentang atau biskut. Sebaliknya cubalah untuk menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan sebanyak 5-10 kali. Kalau rasa nak juga mengunyah, bawalah snek sihat dari rumah seperti kacang atau buah-buahan.

2) Makan tengahari di luar
(Rasa macam tak boleh nak elak je. Huhu..) Sebanyak 20% responden pula mengatakan makan tengahari di luar pejabat turut menambahkan berat badan. Ini disebabkan kita tak tahu bahan apa dan berapa jumlah kalori dari makanan yang disediakan.

Sebaiknya, bawalah bekal dari rumah. Bukan sahaja sihat dan murah tetapi kita juga boleh tentukan bahan yang ingin dimasukkan dalam makanan kita.

3) Melwatkan waktu makan
19% pekerja mengaku mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. (Terkena lagi. Tapi bukan sebab banyak kerja. Sebabnya tak ada kedai melayu kat area ofis ni. Sedih!) Ketahuilah. Apabila lapar, kita akan lebih cenderung untuk makan berlebihan.

Untuk mencegahnya atau tak sempat makan, sediakan yogurt, buah atau snek yang berisi campuran buah kering dan kacang. Makanlah seketika untuk mengalas perut dan supaya nanti kita tak makan tengahari dengan terlalu banyak.

4) Menyambut perayaan
Ketika kita dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan lain, kita lebih cenderung untuk meraikan rakan dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat dan pizza (Kat ofis saya selalunya jamu nasi lemak atau KFC. Hehe..)

Cuba bayangkan kalau dalam sebulan ada 5-6 sambutan yang dilakukan, disertakan dengan hidangan makanan yang enak2. Fuh! Ini boleh menambahkan kalori  dalam badan kita. Untuk atasinya, kita boleh makan apa yang disediakan, tapi kurangkanlah jumlah pengambilan atau kongsikan dengan rakan yang lain.

5) Mengunyah gula-gula getah
(Yes! Satu-satunya perkara yang saya tak buat) Sebanyak 16% responden mengatakan mereka tak tahan dengan godaan yang ada di atas meja terutamanya kek, coklat atau jeli. Walau bagaimanapun, kita boleh gantikan dengan snek yang sihat seperti kacang almind, buah kering atau biskut bersama sebotol air. Pilihan saya tentunya tempe. Sedap dan boleh tingkatkan kadar metabolisma juga.

Jika keinginan nak makan tu datang, cepat-cepatlah minum segelas air putih agar perut terasa kenyang dan dapat tahan dari rasa mahu mengunyah lagi.

6. Snek dari kawan sepejabat
Penyebab lain adalah godaan untuk menikmati snek yang dibawa oleh rakan sekerja. 10% responden mengatakan tak mampu untuk tahan godaan apabila kawan sekerja membawa sekotak donut atau sebekas kek yang enak!

Inilah hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Korang termasuk tak dalam golongan-golongan di atas? Apepun, kite kenelah kawal nafsu makan. Sebab selalu kita dengar orang kata ‘punca penyakit adalah dari perut’. Lepas ni, jom kita sama-sama amalkan amalan gaya hidup sihat di pejabat, okay?

Semoga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment