Epal hijau teman diet terbaik



Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam nak cerita tentang epal hijau. Hari tu, masa pergi wall climbing, teringat cerita seorang instructor kat situ. Katanya dia berjaya kurangkan 10kg hanya dalam masa seminggu. Gila kan? Masa saya dengar tu pun terkejut tau. Bila tanya, apa yang dia buat dalam masa seminggu tu, katanya dia hanya makan epal hijau dan minum air kosong je. Ni cerita dia lah. Nak percaya atau tak terpulanglah. Untuk anda pula, sebaiknya amalkan gaya makan yang sihat. Eat well and move more!

Epal Hijau

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, sodium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan untuk makan epal bersama kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulit buah. Antara khasiat epal hijau adalah:

Antioksidan
Zat fitokimia di dalam epal berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan kolesterol yang berpotensi menyumbat salur darah
Pada masa sama, antioksidan akan berfungsi meningkatkan kadar kolesterol yang boleh memberi manfaat kepada badan.
Pada tahun 1996, kajian menunjukkan zat fitokimia pada kulit epal dapat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43%.

Mencegah tulang rapuh dang penyakit
Epal hijau dikatakan mampu mempertahankan estrogen ketika menopos
Rembesan hormon estrogen yang berkurangan boleh menyebabkan tulang rapuh dan penyakit jantung. Ia boleh dicegah dengan zat yang terdapat di dalam sebiji epal hijau.

Masalah pencernaan
Serat di dalam epal membantu mengurangkan masalah pencernaan
Membantu mengurangkan berat badan
Masalah sembelit dan cirit birit juga dikatakan boleh diatasi dengan diet epal dalam kehidupan seharian anda

Baik untuk gigi
Sebiji epal sehari mengandungi satu per tiga keperluan vitamin C yang baik untuk gigi
Mengunyah epal dikatakan cara terbaik untuk membersih dan menyihatkan gigi kerana ia merangsang pengeluaran amylase (air liur) walaupun ia mengandungi gula buah asli seterusnya membantu mengelakkan kerosakan gigi

Menurunkan kadar kolesterol
Epal juga mengandungi pectin iaitu sejenis serat larut yang mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah
Kajian menunjukkan di dalam epal terdapat D-glucaric yang mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%

Mengimbangkan zat
Kanak-kanak yang makan makanan ringan dan kemudiannya memakan epal dikatakan mampu mengimbangkan kandungan zat dalam tubuh badan mereka
Membantu mencegah pembentukan lemak dalam badan

Melambatkan penuaan
Ia mempunyai kandungan agen antioksida yang boleh menentang radikal bebas serta membantu melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut
Membaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga melembabkan kulit yang kering

Banyak kan kelebihannya. Nak kurus, boleh. Nak cantik dan awet muda pun boleh. Mungkin anda juga boleh cuba untuk amalkan makan epal hijau ni. Sekian sahaja di sini.

Semoga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment