Kenapa protein penting untuk kulit dan rambut yang cantik?



Assalamualaikum w.b.t

Cuba tengok cermin, apa yang anda nampak? Adakah kulit anda lembut, berseri, ‘glowing’, bebas dari cacat cela? Ataupun anda melihat ada tompok2 penuaan dan kedutan?

Kulit adalah tanda penuaan pertama yang kita boleh nampak pada diri sendiri. Tentunya kita semua nak cari jalan untuk kekalkan kecantikan kulit dan bebas kedutan. Setiap yang muda pasti akan tua. Itu lumrah. Tapi rasanya tak ada siapa yang nak tua sebelum masanya, betul tak?

Sebelum tu, pernah dengar tentang kolagen? Mestilah pernah, kan. Okay, secara ringkasnya, kulit anjal adalah tanda bahawa seseorang tu mempunyai kolagen yang mencukupi. Kolagen ini yang akan mengikat bersama-sama sel-sel badan kita dan menjadikan kulit kita tegang. Kolagen ni diperbuat daripada protein. Malah, kolagen terdiri daripada 30 peratus daripada jumlah protein badan. Antara fungsi kolagen adalah menguatkan struktur kulit, saluran darah, tulang, dan gigi. Sebab itulah kolagen adalah salah satu protein yang paling berharga di dalam badan manusia

 
Kolagen
Perbandingan kulit cukup kolagen & kurang kolagen


Kita boleh lihat seseorang yang sakit, atau yang mengamalkan diet rendah protein, otot di tangan dan kakinya mula mengendur. Ini merupakan  satu tanda bahawa mereka mungkin telah kehilangan kolagen.

Sekarang, kita dah tahu apa kaitan protein dan kolagen.

Selain pembentukan kolagen, protein adalah perlu bagi pembaikan tisu dan juga untuk pembinaan tisu baru. Setiap sel perlukan protein untuk mengekalkan hayatnya. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk menggantikan sel-sel mati.

Kebanyakan sel darah putih diganti setiap sepuluh hari
Sel-sel di dalam lapisan saluran gastrousus dan platelet darah digantikan setiap empat hari.
Sel-sel kulit diganti setiap 24 hari
Lebih daripada 98 peratus daripada molekul dalam badan diganti sepenuhnya setiap tahun

Tanda kekurangan protein berkaitan dengan rambut, kulit dan kuku

    ‘Eye bag’ di bawah mata, terutamanya di waktu pagi, mungkin menunjukkan kekurangan protein.
    Water retention . Keadaan bengkak di sekeliling mata, bengkak di buku lali, muka, dan tangan, juga boleh disebabkan oleh kekurangan protein
    Kuku diperbuat daripada protein, bukan daripada kalsium. Tanda kekurangan protein adalah seperti kuku pecah (kuku rapuh) dan kuku yang nipis. Kuku yang lambat berkembang (panjang) juga kekurangan protein.
  Kulit nipis atau nampak kering
  Rambut yang nipis atau kusam
    Kajian telah menunjukkan bahawa dengan pengambilan L- cysteine (salah satu jenis asid amino) ​​boleh mencegah rambut dari gugur , dan juga meningkatkan diameter helaian rambut. Didapati asid amino dapat meningkatkan pertumbuhan rambut sebanyak 100 peratus.

Moga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment