Lapar Selepas Senaman?



Assalamualaikum w.b.t

Selalunya berapa kali anda bersenam dalam seminggu? Pernah tak anda merasa lapar tiap kali selepas bersenam? Kalau lapar, mestilah rasa nak makan, kan? Kalau makan, tak ke rugi buat exercise tadi?

Eh, banyak pulak soalan kali ni. Rasanya ramai juga yang mengalami situasi di atas, kan? Saya pun pernah rasa macam tu. Apa yang saya buat, setiap kali lepas bersenam, saya akan minum segelas ESP shaklee ataupun Cinch. Kenapa ESP dan cinch? Sebab kedua-duanya adalah protein. Sumber protein tanpa kolesterol dan rendah lemak. Memang terbaik!! Ada tiga sebab utama kenapa saya sukakan protein shaklee ni:


1) Protein membantu untuk tingkatkan kadar metabolisma badan kerana ianya memerlukan tubuh badan kita untuk bekerja lebih keras untuk memproses atau menguraikannya.
2) Protein membantu untuk mengekalkan jisim otot. Dan otot-otot ini akan membakar lebih banyak kalori dalam tubuh.
3) Protein juga dapat membuatkan kita untuk kenyang lebih lama, jadi ianya dapat mengurangkan kita daripada mengambil snek atau makanan ringan.


Itu adalah pilihan saya. Bagaimana pula dengan anda?

Okay, kita masuk balik topic tadi. Apa agaknya yang menyebabkan kita rasa lapar selepas bersenam? Ini merupakan jawapan daripada Cik Siti Zafirah Md Redza, seorang Pegawai Diatetik di SALAM Specialist Hospital Shah Alam (ketika entry ini ditulis):


“Senaman merupakan aktiviti fizikal yang telah dirancang untuk tempoh waktu tertentu bagi tujuan pembakaran lemak dan memastikan sistem tubuh sentiasa aktif. Semasa bersenam, tubuh akan bertindak balas menggunakan gula sebagai sumber tenaga pada permulaan senamaan. Simpanan gula (glikogen) dan lemak seterusnya akan digunakan sebagai tenaga sekiranya tempoh dan intensiti senaman ditingkatkan.

Oleh itu, pastikan anda mengambil makanan dalam kuantiti sederhana, seimbang dan sihat sebelum melakukan senaman kerana tubuh memerlukan lebih tenaga ketika bersenam. Ini juga membantu untuk mengelakkan anda terlalu lapar ketika bersenam.

Jika masih lapar, ambil snek sihat seperti buah-buahan / oats / makanan gandum penuh (tinggi serat) dan tingkatkan pengambilan air. Ini juga membantu dalam penurunan berat badan.”


Semoga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.

AMARAN!!!
1) Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah ID 885249);
sms/whatsapp : 017-6734603
http://bit.ly/PM_Farah

2 comments:

  1. Hai sis.. :)

    pernah cuba shaklee tak sebelum ni?

    ReplyDelete