Makanan Seimbang : Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya?



Assalamualaikum w.b.t

Kita selalu disarankan untuk mengambil makanan berkhasiat, berzat dan seimbang untuk memastikan kita sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Rasa-rasanya kenapa kita kena amalkan pengambilan makanan berkhasiat ni?

Pengambilan makanan seimbang dalam diet harian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.

Piramid Makanan

Persoalannya, sejauh manakah makanan dapat membantu kita menjauhkan diri daripada penyakit berbaya?

Kanser (Barah)
Makan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payudara dan prostat.

Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko seperti kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payudara tetapi ada bukti menunjukkan lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

Serangan jantung dan angin ahmar (strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Tekanan darah tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 - 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Sumber rujukan : Berita Harian, 9 November 2012.

Semoga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment