Menyusu Kuruskan Badan?



Assalamualaikum w.b.t

Benarkah kita boleh kurus hanya dengan menyusukan bayi? Saya selalu dengar orang bisik-bisik. “Kalau nak kembali ke berat badan normal selepas bersalin, breastfeed je baby ko..” Eh, macam tu pulak!

Kita kembali kepada asas penyusuan susu ibu ye. Penyusuan bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama adalah penting dan banyak kajian tentang penyusuan bayi  menunjukkan terdapat kebaikan khusus kepada ibu menyusu dan anaknya. Ketika proses menyusu, badan memerlukan tenaga yang lebih bagi menghasilkan susu yang banyak untuk bayi anda. Untuk ibu yang kerap menyusu bayi, keperluan kalori bertambah 450-500 kalori sehari.

Jadi adalah tidak wajar untuk mengehadkan pengambilan makanan bagi menurunkan berat badan kerana ini akan menjejaskan penghasilan susu. Kajian menunjukkan ibu yang menyusu tanpa mengurangkan kepada pengambilan makanan seharian membantu dalam penurunan lemak badan.



Ok, faham? Tapi... Ada tapinya tau!

Namun diet yang seimbang dan sihat ketika menyusu bayi adalah penting dalam memastikan berat badan sedia ada tidak bertambah terlalu drastik dan dalam masa yang sama bayi anda mendapat zat yang mencukupi walaupun melalui susu ibu sahaja. Maksudnya, kita tetap juga perlu jaga pemakanan kita. Jangan berlebih-lebihan.

Kesimpulannya, proses penurunan berat badan memerlukan tindakan secara menyeluruh melalui diet dan senaman dan bukan dari penyusuan bayi semata-mata. Jadi kepada anda semua. Jangan putus asa dan teruskan matlamat untuk kekal sihat dan cergas.

In shaa Allah.

Semoga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment