Move On.



Assalamualaikum w.b.t.

Kalau ada sesiapa yang dengar topik pagi di hot.fm pagi tadi, mesti tau tajuknya kan! MOVE ON. Saya sempat dengar satu cerita yang menarik!


Caller ni bagitau dia start bekerja pada usia 18 tahun. Maknanya dia tak sambung belajar pun. Tapi pada usianya yang 30 lebih, dia berjaya menjawat jawatan Admin Manager! Hebat tak? Tahu tak apa rahsianya? Masa sekolah dulu, dia belajar di sekolah Cina. Jadi secara tak langsung, dia pandai berbahasa Cina. Dan dia menggunakan kelebihannya tu untuk MOVE ON. Untuk maju dalam hidupnya!


Cerita yang ringkas tapi kalau kita perhalusi, kita boleh nampak pengajarannya. Instead of menjadikan ‘sekolah takat spm je’ sebagai alasan, dia cari kelebihannya dan jadikan kelebihan tu sebagai kekuatannya. MOVE ON. Perkataan yang biasa didengar tetapi memerlukan kekuatan dan pengorbanan yang besar untuk melakukannya. 

 Bagi saya, maksud MOVE ON tu adalah melangkah setapak ke hadapan. Untuk majukan diri sendiri. Untuk menjadi insan yang lebih baik. Supaya tidak berada di tempat yang sama. Titik permulaan saya tentunya apabila saya sign up menjadi ahli shaklee. Dari seorang yang tak tahu apa-apa tentang bisnes, saya mula belajar pelbagai perkara. Dari tak punya impian, saya mula memasang impian yang lebih besar. Dan saya percaya saya sekarang adalah lebih baik daripada yang dahulu!


Anda juga pasti boleh MOVE ON. In shaa Allah..

Semoga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.
 

5 comments:

  1. menarik kongsian nie sis.. :) selamat malam ye sis.. :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah kita still mampu move on dalam apa jua kita lakukan :D

    ReplyDelete
  3. Assalam...

    memang menarik entri ini...mengajar kita yang kurang berpelajaran tinggi tapi dengan skill yang ada dan usaha kuat untuk maju diri....semua itu tidak mustahil...

    terima kasih..salam ziarah dari bunda...

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan dari saya juga.. :)

    betul bunda.. saya pun turut terkesan dengan cerita caller tu td.. tu yg update entry ni.. hehe

    ReplyDelete