Multivitamin : Perlu ataupun tidak?



Assalamualaikum w.b.t

Persoalan sama ada tablet multivitamin dapat menghalang penyakit kronik seperti penyakit jantung atau kanser adalah soalan yang sukar untuk dijawab. Ini kerana tujuan tablet multivitamin dicipta bukanlah untuk mencegah penyakit kronik sebaliknya adalah untuk mengelakkan kekurangan nutrisi pemakanan.



Dengan keadaan tanah yang semakin kekurangan nutrien (akibat penggunaan racun serangga, dsb), ditambah dengan corak pemakanan yang tidak sihat (gemar mengambil fast food, makanan ringan, processed food, dll), maka wajarlah jika kita bimbang seandainya kita kurang makan makanan berkhasiat.

Lagi pula, sekarang ni ramai orang yang tidak suka untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mendapatkan semua vitamin yang diperlukan oleh tubuh mereka.
Disebabkan itulah, pada pendapat saya, multivitamin merupakan pilihan terbaik bagi menampung kekurangan nutrisi.

Jika kita tengok beberapa penyakit yang biasa dihidapi golongan tua, kita dapat lihat betapa pentingnya untuk kita mencegah kekurangan nutrisi. Sebagai contoh, osteoporosis ( tulang rapuh), kita dapati bahawa punca utamanya adalah disebabkan kekurangan pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi.

Jadi, adakah anda perlukan multivitamin? Pilihan di tangan anda!

Semoga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment