Santai di Hill Park Seremban 2



Assalamualaikum w.b.t

Dah lama berhajat sebenarnya nak naik ke Hill Park ni tapi biasanya cuaca tak mengizinkan. Kalau cuaca elok pun, kami sendiri yang tak punya masa. Dan takdir Allah, hari ni kami berkesempatan untuk panjat Hill Park tu walau dalam keadaan hunyai renyai-renyai!
 
Welcome to Hill Park Seremban 2
Jadi bermulalah perjalanan kami mendaki bukit tu. Park tu memang atas bukit tapi disebabkan construction masih dijalankan kat atas tu, jadi kereta tak boleh access masuk. Jadi kena park kereta kat bawah dan mendaki sepanjang lebih kurang 1 km untuk sampai ke puncak sana tu. Memang penat tau! 

 Sebab jalannya menaik jadi memang tak jogging la. Cuma jalan je. Tapi disebabkan tengah hujan kenalah jalan laju2. Sampai atas, sempat la tinjau sana tinjau sini sikit. Orang kata untuk berkenalan dulu. Memang tak dapat nak buat aktiviti sangat sebab hujan semakin lebat. Jadi ni antara gambar yang sempat diambil. Enjoy!

 Parking kereta di bawah dan bermulalah perjalanan kami
Antara tarikan menarik untuk seisi keluarga
Flying fox tapi hanya untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun
Ada dinasour tuh!
Kerja-kerja pembinaan rumah masih dijalankan


Oh ya! Sebelum naik tu, kami set la berapa step kami berjalan mula dari bawah sampai ke atas dan kembali ke bawah dengan menggunakan aplikasi S Health. Dan keputusannya adalah seperti di bawah:


 Total berjalan 3308 steps sepanjang 2.5 km dan 119 kalori telah dibakar

Best woo.. Rasa macam lepas ni kena pergi lagi. Kalau selalu hanya ke City Park, lepas ni dah ada tempat lain untuk beriadah. Lepas ni nak explore lagi mana-mana tempat yang best! Ada cadangan?

Semoga anda enjoy membaca Cerita Saya. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment