Tips Kurangkan Berat Badan Selepas Bersalin


Assalamualaikum w.b.t

Secara idealnya, kadar penurunan berat badan yang disyorkan selepas kelahiran perlu mengambil kira-kira 8 bulan hingga setahun. Malah, menurut Akademi Sains Kebangsaan Amerika, penyusuan ibu perlu sentiasa mengambil lebih daripada 1,800 kalori sehari untuk mengekalkan asas nutrien susu yang dihasilkan.

Biasanya, seseorang ibu perlu mengambil lebih daripada 500 kalori yang kaya dengan nutrien untuk penurunan berat badan yang sihat. Dan nutrien-nutrien yang kebiasaanya diperlukan adalah protein, magnesium, zink, kalsium dan vitamin lain.

Berikut adalah beberapa garis panduan tentang apa yang diperlukan oleh ibu menyusu yang mahukan berat badan kembali ideal selepas bersalin:


1. Ambil protein kurang lemak

Protein rendah lemak



Untuk penyembuhan yang cepat, ibu-ibu disyorkan untuk mengambil protein kurang lemak seperti ikan, telur, ayam dan tauhu. Pengambilan protein kurang lemak yang diseimbangkan dengan senaman selepas bersalin akan membantu ibu mengembalikan kekuatan otot dengan lebih cepat






2. Benih, kacang dan ikan untuk otak
Sumber DHA




Makanan yang kaya dengan DHA adalah penting untuk perkembangan otak, saraf dan retina. Kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan DHA di dalam diet dikaitkan dengan IQ rendah di kalangan kanak-kanak, kehilangan ingatan, kemurungan dan masalah penglihatan. Sumber-sumber DHA juga boleh didapati dalam telur dan minyak biji rami





3. Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh

Kaya vitamin & mineral



Selain  kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan, buah-buahan dan sayur-sayuran dan bijirin penuh juga kaya dengan serat yang boleh menggalakkan pergerakan usus yang sihat. Serat tambahan dapat membantu meringankan ketidakselesaan dan sembelit terutamanya penyakit buasir yang dialami oleh 20-25% wanita selepas bersalin





4. Kalsium hari ini boleh memperkuatkan tulang pada hari esok

Sumber kalsium




Yayasan Osteoporosis Antarabangsa menganggarkan kira-kira 200 juta wanita di seluruh dunia menghadapi penyakit osteoporosis. Justeru itu, seorang ibu boleh melambatkan kemerosotan kepadatan tulangnya dengan mengambil makanan kaya dengan kalsium di mana ia boleh didapati dalam produk-produk tenusu.





5. Zat besi dan vitamin C untuk kecergasan dan kesihatan

Multivitamin + zat besi
Vitamin C

Berikan diri anda dengan kesihatan yang sihat dengan memakan makanan yang kaya zat besi seperti sayur-sayuran, daging merah, ikan dan ayam. Zat besi membantu mengawal sebarang anemia dengan membina lebih banyak sel darah merah yang sihat. Vitamin C yang terdapat di dalam sayur-sayuran, buah-buahan  dan pelbagai jus buah-buahan senulajadi juga membantu untuk meningkatkan keupayaan badan dalam menyerap zat besi.



6. Cecair, cecair dan cecair
Elakkan dehidrasi



Seseorang itu perlu kekal terhidrat dengan 8-10 gelas cecair tidak kira air, jus semulajadi atau susu. Ini dapat membantu mengekalkan keseimbangan cecair ibu dan memastikan bahawa dia cekal cergas.






Akhir kata, “makanlah untuk hari esok yang lebih baik!”

Sumber rujukan : Majalah RAPI, Bil.201, ms64

Semoga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.

AMARAN!!!
1) Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah ID 885249);
sms/whatsapp : 017-6734603
http://bit.ly/PM_Farah

No comments:

Post a Comment