10 Rahsia penurunan berat badan yang confirm menjadi



Assalamualaikum w.b.t

Dalam entry lepas saya dah ceritakan tentang konsep asas untuk pengurangan berat badan serta kaitannya dengan kadar metabolisma badan seseorang. Jadi di sini, saya nak kongsikan 10 rahsia yang boleh membantu untuk tingkatkan kadar metabolisma anda. Ingat lagi tak, lagi tinggi kadar metabolisma seseorang, lagi cepat kadar pembakaran lemak akan berlaku.

Selamat membaca!

1. Interval Cardiovascular Exercises
(Kalau rajin buat kardiovaskular exercises, lagi cepat lemak-lemak degil tu tinggalkan tubuh korang!)

Contohya macam ni. Selalu yang kita buat, kita berjalan pada tahap kelajuan yang sama sepanjang 1-2km. Sekarang kita tukar. Cuba berjalan selama 2 minit. Lepas tu berlari selama 1 minit. Ulang step ni sampai ke penghabisan (20-30 minit). Kesannya, kadar metabolisma korang akan meningkat dengan mendadak!

Yang menariknya, kadar metabolisma anda akan kekal maksimum untuk beberapa tempoh waktu walaupun anda dalam keadaan rehat!

2. Pastikan anda memakan ‘healthy’ fats

Ramai yang beranggapan kalau nak kurus, lemak adalah pantang larang nombor satu. Tanggapan itu adalah SALAH. Untuk sihat, kita masih perlukan lemak. Cuma pastikan yang kita ambil lemak yang ‘baik’.

Dengan mengambil lemak seperti asid lemak omega-3 dan asid lemak tak tepu, kita sebenarnya dapat tingkatkan metabolisma badan. Contoh makanan yang mengandungi asid lemak yang ‘baik’ termasuklah buah avocado (sedapnya!!), kekacang, bijirin, ikan salmon, ikan tuna, minyak olive dll.

3. Makan makanan yang kaya protein (Contohnya ESP, Meal shakes, Cinch!!)

Protein adalah penting bagi sesiapa yang nak kuruskan badan. (Kalau perasan, kebanyakan produk untuk program pengurangan berat badan menggunakan sumber protein sebagai bahan utamanya). Kenapa protein ni penting?

Satu. Protein akan bantu untuk boost our metabolisma kerana perlukan tenaga yang lebih untuk memprosesnya. Protein ni kan kompleks!

Dua. Protein bantu untuk kekalkan jisim otot. Dan jisim otot akan bantu untuk membakar lebih banyak kalori daripada lemak.

Tiga. Dengan makan makanan yang kaya dengan protein, ia akan membantu kita untuk rasa kenyang lebih lama, dan mengurangkan pengambilan snek-snek yang tak sihat.

4. Sayur-sayuran hijau
Sayur-sayuran seperti bayam dan brokoli boleh bantu rangsang kadar metabolisma kita dan pada masa yang sama membantu sistem pencernaan kita untuk bekerja dengan baik.

Lagi kelebihannya. Sayur-sayuran hijau juga mengandungi kandungan zat besi yang tinggi (sangat sangat penting untuk kaum wanita, lebih-lebih lagi ibu hamil).  Zat besi adalah penting bagi sel darah merah kita untuk pastikan segala nutrien sampai ke seluruh tubuh.

5. Hot & spicy food (my favorite!)
Ini bukan tipu. Ada beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan yang dengan makan makanan pedas, boleh bantu tubuh kita untuk bakar lemak.

Kajian tu menyatakan terdapat capsaicin (terdapat dalam makan pedas seperti jalapeno dan cili) dapat tingkatkan suhu badan yang akan membantu untuk membakar lemak dengan lebih cepat.

6. Epal
Ingat lagi tak cerita tentang epal? Epal adalah buah yang kaya dengan vitamin dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Jadi, bukan sahaja dapat tingkatkan metabolisma tapi juga dapat kurangkan rasa lapar. Tak adalah asik nak mencari snek aja. Lagi bestnya epal ni, dapat bantu sistem pencernaan kita juga.

7. Teh hijau
Pengkaji mendapati ada sejenis bahan aktif dalam teh hijau yang bernama catechins dapat mempercepatkan metabolisma. Sebab tu ianya lebih dikenali sebagai ‘dieter’s tea’. (Oh, shaklee pun ada teh untuk orang diet. Namanya energy mix tea.. sempat promote kan!)

Selain tu, teh hijau ni juga kaya dengan anti-oksidan yang dapat membantu badan melawan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.

8. Air kosong
Fakta menarik. Hanya dengan banyakkan minum air, kita boleh tingkatkan kadar metabolisma sebanyak 30%. Kita disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Bagaimanapun, ianya bergantung juga pada aktiviti harian. Kalau bekerja di bawah panas terik metari, mestilah kena minum lebih, kan!

9. Elakkan makan pada waktu lewat malam
Beberapa jam sebelum tidur, elakkanlah daripada makan. Bila tidur, kadar metabolisma kita adalah pada kadar yang sangat rendah, jadi kita tak perlukan banyak tenaga. Jadi apa yang kita makan tu akan disimpan dalam bentuk lemak.

Kajian menunjukkan orang yang makan pada lewat malam mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan berbanding dengan mereka yang tak makan malam (lewat malam), walaupun jumlah calories intake adalah sama.

10. Kurangkan stress
Stress pun memainkan peranan yang penting tau dalam program pengurangan berat badan. Bila kita dalam keadaan stress, tubuh kita akan cuba untuk simpan lebih banyak lemak, sebab keadaan stres tu sendiri menunjukkan yang kita dalam keadaan yang sukar. Jadi, cara terbaik untuk kurangkan stress adalah dengan teknik relaktasi dan exercise untuk buang lemak-lemak degil tu semua.

Dah dapat kan tips2 yang best ni? Sekarang silalah mencuba ya. Jangan lupa amalkan konsep penurunan berat badan juga.

Semoga entry ini bermanfaat buat anda. JazakAllahu Khair.

No comments:

Post a Comment