6 Kunci Elak Strok



Assalamualaikum w.b.t

Tahu tak, umumnya strok merupakan punca kematian ketiga besar di Malaysia. Setiap tahun dianggarkan 50, 000 rakyat Malaysia mengalami strok!


Antara faktor utama yang boleh menyumbang kepada strok adalah diabetes, darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi dan tabiat merokok. Untuk kawal faktor2 penyumbang ini, kita mestilah mengamalkan gaya hidup yang sihat.



Jadilah lebih aktif secara fizikal (atau dalam erti kata lain bersenam)
Tekanan darah tinggi adalah satu-satunya faktor risiko terbesar untuk strok. Dan bersenam dapat turunkan tekanan darah, dapat kawal berat badan, juga bantu membentuk imbangan lemak darah yang sihat serta tingkatkan kebolehan badan untuk kawal insulin. Senaman mampu memastikan darah dipam dengan sempurna dan menstabilkan tubuh.

Amalkan diet yang sihat
Pertama sekali, elakkan ambil makanan segera. Tukar menu dengan ambil buah-buahan segar dan sayur-sayuran sebagai sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral. Pemakanan sihat yang dibuktikan oleh penyelidikan, dapat kurangkan risiko strok. Pengambilan garam yang tinggi juga telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, dan pengambilan terlalu banyak lemak tepu boleh bawa kepada arterosklerosis. Gula juga tidak ketinggalan.

Kekalkan berat badan ideal
Berat badan berlebihan juga bawa risiko strok. Tak percaya? Lemak yang berkumpul dalam tubuh tak mustahil akan jadi penghalang untuk darah bergerak lancar. Bukan sahaja strok, malah penyakit lain juga mudah menghampiri anda!

JANGAN MEROKOK
Merokok juga boleh tinggikan risiko strok. Sebabnya ia boleh sebabkan arterosklerosis dan jadikan darah lebih mudah bergumpal. Kalau berhenti merokok, bukan sahaja bagus untuk kesihatan diri tetapi juga kesihatan orang sekeliling.

Pemeriksaan kesihatan
Kita pun tahu, penyakit hadir tak kira waktu ataupun usia. Bagi orang dewasa, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setiap 5 tahun (Kalau ada darah tinggi, setiap 3 bulan sekali).

Minta nasihat juga daripad doktor sebelum ambil pil perancang keluarga atau jalani terapi penggantian hormon (HRT). Pengambilan pil-pil juga menyumbang kepada strok.

Tidur yang mencukupi
Kurang rehat juga dapat beri impak pada emosi dan mood. Banyak bukti saintifik yang mengatakan apabila seseorang itu tak dapat rehat yang cukup  (maknanya kurang tidur waktu malam la tuu..), personaliti mereka mudah berubah. Biasanya golongan ini akan mudah jadi marah, kurang sabar dan sangat sensitif. Tidur yang cukup dapat elakkan plak terbentuk dalam arteri, seterusnya bantu halang berlakunya serangan jantung dan strok!

Semoga entry ini memberi manfaat buat semua. JazakAllahu Khair.

No comments:

Post a Comment