Ambil set kurus shaklee tapi tak kurus2 jugak!



Assalamualaikum w.b.t.

Gunalah cara apa sahaja. Ambillah produk terbaik di dunia sekalipun. Tapi kalau tak faham konsep nak buang lemak-lemak berlebihan tu, segalanya akan jadi sia-sia. Buat apa berhabis duit beratus-ratus, malahan ada yang makan ribuan RM, tapi hasilnya mengecewakan! Ada tak yang pernah alami situasi ni?

Suka saya nak ingatkan. Shaklee bukan ubat cepat kurus. Bukannya boleh turun 10kg dalam masa seminggu. Even kalau ada yang turun 10kg seminggu tu, anda pasti ke yang penurunan tu disebabkan oleh pembakaran lemak? Anda pasti yang itu bukannya disebabkan kehilangan air dalam badan? Atau anda pasti yang bukannya jisim otot anda yang diusik? 


Bagi saya, konsep penurunan berat badan yang paling mudah secara teori tapi paling sukar untuk dibuat ada empat faktor:

1. Kawal kalori makanan yang kita makan
2. Exercise jangan dilupakan (at least 10-20 minit sehari)
3. Minum air 2-3 liter sehari
3. Konsisten (Ini wajib!! Janganlah buat sehari dua, tak nampak kesan terus stop! Memang tak akan jadilah kalau macam tu..)

Teringat perbualan dengan seorang teman. Dia kata. Kita ni dah hidup 20-30 tahun lebih. Dah kumpul macam2 toksin, macam-macam lemak dalam badan. Tapi bila nak bersihkan badan, nak dalam tempoh sehari dua jer. Ambil suplemen hari ini, esok nak nampak kesan! Tak bolehlah macam tu. Bagilah masa sekurang-kurangnya sebulan. Even ada customer dia yang ambil GLA complex secara konsisten selama setahun, baru nampak kesan positifnya. Kulit yang sangat flawless tanpa cacat cela. Jadi, kenalah sabar. Kenalah yakin!

Dan saya setuju sangat 200%. Cubalah buat empat perkara di atas dalam tempoh sebulan secara konsisten dan lihatlah hasilnya!

Dalam proses nak kurangkan berat badan ni juga kita kena kenal tahap metabolisma badan diri sendiri. Ingat ye. Lagi tinggi kadar metabolisma seseorang, lagi cepat kadar pembakaran lemak akan berlaku. Pernah tengok tak kawan korang yang hobi dia memang suka makan. Tapi badan dia tak naik-naik jugak! Sebab apa? Sebab kadar metabolisma dia yang tinggi!

Setiap orang adalah berbeza. Kita makan makanan yang berbeza. Kita bekerja dalam suasana yang berbeza. Gaya hidup kita juga adalah berbeza. Jadi sangat penting untuk kita tidak membandingkan diri kita dengan orang lain. Yang paling penting, kena ada keyakinan diri, usaha dan konsisten!

Selamat mencuba!

Semoga entry ini bermanfaat buat anda. JazakAllahu Khair.

No comments:

Post a Comment