Lemak ikan baik untuk jantung



Assalamualaikum w.b.t

Hari ni kita cerita tentang fakta lemak ikan ye. Diambil daripada Harian Metro, 4 Mei 2014.

Sebenarnya, lemak ikan boleh membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan trigliserida serta menaikkan paras kolesterol baik HDL. Banyak kajian membuktikan lemak ikan kaya dengan asid lemak omega-3 yang terbukti boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari.

Kajian sains menunjukkan ikan berlemak seperti salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi. Asid lemak omega-3 memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan keradangan pada dinding saluran dalam tubuh manusia.

Oleh itu, pemakanan ikan setiap hari digalakkan sebagai sebahagian daripada cara pemakanan sihat yang boleh menurunkan paras kolesterol, mengawal tekanan darah dan mencegah sakit jantung.



Bukti kajian sains mengenaik ikan dan kesihatan jantung.

Pada 8 September 2004, FDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal perubatan di Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan menyokong Omega-3 (EPA & DHA) sebagai makanan tambahan yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. FDA juga menyarankan pemakanan ikan dengan lebih kerap kerana kandungan omega-3 di dalam ikan mampu menurunkan risiko penyakit jantung koronari.

###

Antara laporan mengenai kelebihan omega-3 diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada 1997, pengkaji mendapati pengambilan omega-3 dengan makan ikan setiap hari menurunkan paras trigliserida darah sehingga 25 hingga 30 peratus.

###

Satu kajian di Amerika Syarikat yang mengkaji hubung kait pemakanan ikan dengan pencegahan serangan jantung kali kedua mendapati penurunan 29 peratus kadar lematian di kalangan pesakit yang makan ikan setiap hari.

###

Pada 1999, pengkaji dari Gissi Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet mengenai kajian membabitkan 11,324 pesakit yang mendapat serangan jantung (myocardial infarction). Semua pesakit ini diberi omega-3 sebanyak 1000mg setiap hari. Kesimpulan kajian ini menyatakan pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45 peratus. Kesan baik pengambilan omega-3 diamalkan setiap hari didapati selepas 3 bulan dan seterusnya.

###

Pada 2006, dua jurnal perubatan utama di Amerika Syarikat iaitu America Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) memberi ulasan positif mengenai kelebihan omega-3. Ia menyatakan, berdasarkan laporan kajian dijalankan di seluruh dunia, wujud pengurangan ketara dalam kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung dalam kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan atau mengambil makanan tambahan omega-3 setiap hari.

Semoga entry ini bermanfaat buat semua. JazakAllahu Khair.

No comments:

Post a Comment