Pantang larang selepas makan



Assalamualaikum w.b.t

Selak-selak surat khabar (HM 16 Apr 2014), ternampak artikel menarik ni. Menarik sangat ke? Mestilah menarik sebab ianya berkaitan dengan makan. Kita orang Malaysia ni kan suka makan. Hehe.. Tapi artikel ni bercerita tentang perkara yang harus DIELAKKAN selepas makan. Saya ringkaskan je lah ye!

 
JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN
Ramai yang anggap buah sebagai pencuci mulut selepas makan. Anggapan ini kurang tepat kerana makan buah sebaik saja selesai makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air.

Jadi, lebih baik makan buah satu jam sebelum atau dua jam selepas makan.


JANGAN MINUM TEH SELEPAS MAKAN
Asid yang terkandung dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana akan menyebabkan makanan tersebut sukar untuk dicernakan.

Jadi, anda disarankan untuk minum air putih sahaja.


JANGAN MANDI SELEPAS MAKAN <-- Selalu dengar kan?
Sekiranya mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan alirah darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darap di bahagian perut dan sekitarnya menurun. Ini akan melemahkan sistem pencernaan perut.


JANGAN BANYAK BERJALAN
Jangan berjalan terlalu banyak selepas makan. Berjalan terlalu banyak boleh akibatkan sistem pencernaan tak dapat serap nutrisi daripada makanan yang dimakan.

Jadi, ambillah masa untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian.


JANGAN TIDUR SELEPAS MAKAN <-- Dah kenyang tidur pulak! Syahduu..
Amalan tidur sebaik sahaja selesai makan boleh bahayakan sistem pencernaan. Ini disebabkan makanan tersebut tidak dapat dicernakan dengan baik oleh sistem penghadaman ketika tidur.

Jadi, jarakkan masa makan dan tidur sekurang-kurangnya satu atau dua jam.


JANGAN MEROKOK SELEPAS MAKAN <-- Situasi no macam normal jer.. Hurm..
Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

Jadi, langkah terbaik adalah berhenti merokok.


JANGAN BERSENAM SELEPAS MAKAN
Bersenam baik untuk kesihatan dan diet. Tapi, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan sebabkan sistem pencernaan tak boleh berfungsi dengan baik.

Jadi, jangan bersenam dalam keadaan perut yang penuh dengan makanan.

Semoga entry ini bermanfaat buat semua. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment