7 Petua penyusuan bayi menurut Islam



Assalamualaikum w.b.t

Buat ibu-ibu dan bapa-bapa yang bakal mendapatkan cahaya mata, penting untuk mereka berniat sedari awal untuk menyusukan bayi mereka. Selari dengan ajaran Islam yang menganjurkan seorang ibu berusaha menyempurnakan susuannya sehingga dua tahun penuh.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

(2:233)

Saya kongsikan 7 petua yang boleh diamalkan oleh para ibubapa dalam proses penyusuan bayi:

1) Sejak awal, setiap ibu bapa mesti berniat untuk memastikan anak mendapat khasiat susu terbaik di dunia.

2) Suami isteri perlu berbincang bagaimana suami dapat membantu isteri untuk terus menyusukan anak. Bincangkan juga bagaimana isteri mesti terus tabah dan yakin dia mampu menyusukan anaknya walaupun 1001 cabaran melanda.

3) Jagalah tugas sebagai hamba Allah dan khalifah Allah setiap hari. Berdoa secara khusus agar dipermudahkan urusan menyusu.

4) Jika susu kurang, jangan menyerlah kalah. Gunakan kaedah penyelesaian secara holistik.

5) Bersolat hajat dan sentiasa berdoa.

6) Banyakkan minum air kosong, susu, jus dan sebagainya yang bermanfaat. Jangan lupa makanan seperti kurma, madu, dan seumpamanya juga baik untuk menggalakkan penghasilan susu berkualiti.

7) Membaca tentang kepentingan susu ibu. Ilmu akan meningkatkan motivasi kita untuk beramal.

Moga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment