Makanan yang anda makan punca penyakit jantung?



Assalamualaikum w.b.t

Ini cerita serius. Fakta bukan rekaan. Bukan untuk menakutkan. Tetapi kenyataan.

Pertamanya, anda tahu tak yang dianggarkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia ni mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Bila kandungan kolesterol tinggi dalam darah, ianya akan menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius. Siapa pun boleh hadapinya tanpa kira usia, dan ini akan beri impak negatif pada kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular.

-->> Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang adalah ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!



Sebelum cerita lebih lanjut, kita kenali dulu apa itu kolesterol?

Kolestrol ni merupakan bahan lemak  yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Kolesterol ni juga sebenarnya merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam badan (Kolestrol pun ada kebaikannya tau!!)

Jadi, dari mana datangnya kolesterol ni?

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati, tapi kita juga boleh dapatkannya daripada makanan harian kita. Kolestrol yang kita makan akan tingkatkan paras kolesterol dalam darah. Kandungan kolesterol yang terlalu tinggi inilah yang akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.



Persoalannya, bagaimana pula kolesterol ni boleh menyebabkan penyakit jantung?

Ceritanya begini. Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah kita:
1) LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
2) HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL juga dikenali sebagai kolesterol “jahat”. Sebabnya paras kolesterol LDL yang tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah. Plak ini akan membuatkan salur darah tersumbat dan seterusnya menyekat aliran darah. Inilah yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.


Manakala HDL pula dikenali sebagai kolesterol “baik” kerana ianya membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Pendek kata, HDL ni berperanan untuk “membersihkan” saluran darah.

Kesimpulannya di sini, untuk lindungi diri kita daripada penyakit kardiovaskular, kita mesti kekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

Semoga entry ini bermanfaat buat anda.

Ingin turunkan paras kolestrol LDL anda?
Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah ID 885249);
sms/whatsapp : 017-6734603
http://bit.ly/PM_Farah
 

No comments:

Post a Comment