Shaklee National Conference



Assalamualaikum w.b.t

Buat pertama kalinya, saya menghadirkan diri ke Shaklee National Conference pada 7-8 Jun yang lepas. Subhanallah. Banyak sungguh caj positif yang saya dapat. Tak sabar nak taip kat sini sebenarnya. Nak coretkan segala kenangan manis sepanjang berada di sana. Supaya nanti segala kenangan yang tercipta tidak terhapus dalam ingatan (Chewahhh.. ayat!!)

Majlis bermula dengan Master Coordinators Grand Parade. Sememangnya satu acara yang memang saya nanti-nantikan. Total master in shaklee ada 53 orang semuanya. Tengok diorang berjalan masuk ke hall pun very inspriring tau! Siap berangan lagi. One day, I will be there! Target paling cepat mestilah tahun depan. Paling lambat? 2 tahun lagi.. :)

Diikuti dengan ucapan daripada Presiden Shaklee (Malaysia), Mr Victor Lim. Ada satu benda yang buat saya sangat touched, terharu, bangga, gembira dan macam-macam perasaan lagi sebenarnya. Nak tau tak? Sales shaklee melonjak 200% dari tahun 2012 kepada tahun 2013, dan 840% dari tahin 2008 kepada tahun 2013. Betapa orang Malaysia ni dah mula menerima shaklee, dah mula tahu menjaga kesihatan mereka. Dah mula percaya dengan produk Shaklee. Dah mula jatuh cinta dengan shaklee. Buat pengetahuan semua, shaklee dah bertapak di Malaysia selama 55 tahun. Bagi saya, ini sahaja dah cukup untuk membuktikan bahawa produk shaklee adalah produk yang terbaik! Oh ya.. istimewanya shaklee, shaklee tidak membelanjakan wang yang banyak untuk marketing strategy, tapi wang tersebut digunakan untuk R&D (Research & Development), untuk memperbaiki mutu produk dan semestinya untuk memberikan produk yang sentiasa berkesan, selamat dan mesra alam buat pengguna-penggunanya.

Pada petang tu jugak ada pelancaran produk baru by our Chairman and CEO of Shaklee Corporation, Mr Roger Barnett. Sebagai pelajar Biokimia, semestinya saya interested nak tahu bagaimana Phytocol-ST ni boleh membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Untuk details, nanti saya cerita dalam entry lain ye. Khusus untuk Phytocol-ST sahaja. In shaa Allah.

Tak cukup dengan momen-momen manis tu, CEO kita pula beri ucapan. Okay, saya akui saya skip masa ni. Rugi pulak rasanya bila baca ulasan-ulasan atau komen daripada orang yang mendengar sharing session ni.. :( Saya petik sedikit status facebook Presidental Master Shaklee, Puan Shareeza sebagai motivasi buat diri saya dan juga anda yang sedang membaca:

#1- Ingat cerita Roger pada hari pertama ~small step every day..mulakan hari ini tetapi istiqamah setiap hari..bukan hangat2 tahi ayam yer..
#2- Ingat cerita Roger pada hari kedua tentang ladang anggur milik beliau..bagaimana mula2 dia tanam, tapi tengok2 kuar ranting.. rupa2nya anggur ni byk jenis.. amik masa untuk bloom..lain jenis lain masa utk tumbuh besar.. jadi tak perlu tgk ladang orang lain.. sama gak dlm bisnes..kene fokus, sabar dan consistent dgn 'ladang sendiri'
#3- Ingat cerita beliau tentang ayah beliau..Roger ni berasal dari keluarga kaya mmg dari kecil apa nak dapat..tapi ayah dia ajar kekayaan ni tak dibina dalam satu hari tapi amikmasa yg panjang.. jadi kaya cemana pun kena gi sekolah, kena belajar.. (kene bgtau faiz ni..hihi) . Roger ni grad from harvard..sgt humble and full of idea, positive charge..not just goodlooking..3hari sy semeja dgn dia dinner sambung lusanya breakfast,bukan cerita gosip tapi cerita2 penuh inspirasi..dan idea2 bagaimana nak grow Shaklee family...

Selain daripada sharing session daripada insan-insan hebat ni, penyampaian award kepada mereka yang layak pun turut diadakan. Rasa seronok bila tengok orang yang kita kenal turun naik pentas terima award. Jadi, kenalah amek aura kan! Tahun depan, kita pulak naik pentas terima award. Pasti dengan izin Allah.. :)

Ada satu lagi kisah inspirasi. Sharing by guest speaker – Master Siti Nur Laila binti Mukhtar. Yang ni pun saya akan buat satu entry khusus. In shaa Allah.

Kesimpulannya, saya telah membuat keputusan yang tepat memilih shaklee sebagai suplemen kesihatan saya. Saya telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih shaklee sebagai bisnes saya. Saya telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih keluarga Jutawan sebagai mentor shaklee saya. Saya telah membuat keputusan yang tepat juga dengan hadir ke NC 2013/2014 ini. Alhamdulillah.. :)

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah ID 885249);
sms/whatsapp : 017-6734603
http://bit.ly/PM_Farah

No comments:

Post a Comment