Kisah nasi lemak



Assalamualaikum w.b.t

Tengah-tengah puasa ni jugak nak kongsikan tentang kisah nasi lemak kan. Dah lama nak share sebenarnya tapi asik tertangguh. Alang-alang dah teringat ni, teruslah saya cerita ye! Ini bukan cerita tentang nasi lemak sedap atau resipi nasi lemak antarabangsa ke apa. Hanya kiash biasa tetapi penuh dengan inspirasi. Kisah bagaimana sepasang suami isteri menjalankan perniagaan nasi lemak mereka.

Kalau pergi kedai makcik ni memang ramai pelanggan. Datang lepas subuh ke, sebelum masuk keje ke, atau lewat sikit pukul 10 pagi pun tetap ada pelanggan. Kadang sampai tak cukup meja kerusi. Sambal nasi lemaknya memang superb! Terfikir juga. Orang ramai-ramai datang sebab sambal dia ke?

Tapi bila dah lama jadi pelanggan kat situ, rasanya bukan sahaja disebabkan sambal yang jadi tarikannya. Tapi services yang diberi:

Tak berkira soal harga (kadang sen2 tu tak payah la..)
♥♥ Kalau minta sambal lebih, memang banyak pun yang dia bagi (FOC lagi)
♥♥♥ Kadang-kadang dia akan bagi lebih 1 nasi lemak (kalau bungkus bawa balik la)
♥♥♥♥ Pernah juga dia bagi lebih lauk (bukan sebab lauk banyak tak habis tau!)

Saya pernah merasai kesemua nikmat di atas. And dia bagi services ni untuk semua pelanggannya. Perasan tak, semua kemurahan hati yang ditawarkan tadi adalah dalam bentuk SEDEKAH. No wonderlah Allah sentiasa  murahkan rezekinya, kan?

<The more you give, the more you get, the more you grow>

Sekian sahaja kisah nasi lemak daripada saya. Cubalah cari maksud tersiratnya. Hehe..

Semoga entry ini bermanfaat buat anda. terima kasih.

Notakaki : Tak sempat nak ambik gambar kedai makcik ni.. Dah dapat nt saya letak di sini ye!

No comments:

Post a Comment