10 Cara Kekal Langsing Khusus Untuk Wanita



Assalamualaikum w.b.t

Confirm kaum hawa suka dengan tajuk ni. Hihi.. Memang entry ni dibuat khusus untuk kita-kita yang bergelar wanita.. Semua pun mesti suka kalau dapat tubuh badan yang langsing, betul tak? Teruskan membaca untuk dapatkan tips-tips yang menarik. Lebih-lebih lagi kalau anda bukan jenis kaki gymnasium atau jenis yang jarang melakukan senaman.

TIPS 1 – PORTION YANG KECIL
Selalulah pesan makanan dalam jumlah yang sedikit. Bila pesan makanan yang portionnya kecil, automatik kita akan makan sedikit. Inilah kunci pertama untuk kita kekal langsing menawan!

TIPS 2 – SALAD @ SUP
Dua jenis makanan ni mengandungi kalori yang rendah tetapi membantu untuk memenuhi perut kita. Jadi, pesanlah sup atau salad sebelum beralih kepada menu utama. Dengan cara ini, akan membuatkan cepat kenyang.

TIPS 3 – SARAPAN
Jangan lupa mengambil sarapan pagi sebelum memulakan sebarang aktiviti. Sarapan boleh mengelakkan kita daripada mengambil kalori yang berlebihan pada waktu malam.

TIPS 4 – ELAK MAKAN DEPAN TV
Macam tak  logik tapi sedar tak, bila kita makan depan TV, kita akan leka menghabiskan makanan / snek yang dibawa bersama. Jika perut terasa lapar ketika menonton, ambillah snek yang kaya dengan serat atau makanlah buah-buahan.

TIPS 5 – ELAK MAKAN LEWAT MALAM
Cara lain untuk menjaga berat badan adalah tidak makan sebelum tidur. Biasanya kalori akan memberi tenaga pada badan dan kita tidak memerlukan tenaga semasa tidur.

TIPS 6 – JANGAN AMBIL GULA PAKET
Semasa minum kopi atau teh yang kurang manis,elakkan daripada menggunakan gula dalam paket (sachet). Cukuplah hanya dengan satu sudu teh gula atau gantikan dengan madu atausirap maple.


TIPS 7 – MAKANAN KECIL
Bila keluar berjalan-jalan pula, pastikan juga untuk mengambil makanan seperti buah-uahan atau sayuran agar perut kita tak kosong. Kalau tak, mungkin kita akan berasa lapar dan seterusnya mendorong untuk memesanmakanan yang berlebihan.

TIPS 8 – GANDUM
Cubalah mengambil makanan seperti roti gandum kerana gandum akan membuatkan kita berasa kenyang lebih lama. Selain itu, ianya juga boleh menjaga paras gula dalam darah berbanding roti tawar biasa.

TIPS 9 – BAHAGIKAN MAKANAN
Sebelum makan, kongsikan ¼ jumlah hidangan makanan kita dengan pasangan ataupun dengan kawan-kawan.

TIPS 10 – MULAKAN BERSENAM
Untuk sihat, kita tak semestinya kena pergi ke gym. Hanya dengan berjalan kaki atau naik turun tangga sekurang-kurangnya 3 jam dalam seminggu.




Setel sudah 10 tips yang mudah-mudah sahaja untuk kita semua amalkan! Senang je kan? Kalau tak boleh buat semua, mulakan dengan tips 1 dahulu. Lepas tu baru tambah tips2 yang lain. Pokok pangkalnya, hati kena kuat! Okay, selamat mencuba!

Semoga entry ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.


Kurus dengan shaklee
Jom kurus + sihat dengan shaklee

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah ID 885249);
sms/whatsapp : 017-6734603
http://bit.ly/PM_Farah

No comments:

Post a Comment