Dulu VS Sekarang



Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah entry santai! Cerita tentang kehidupanku.. :)

Agak lama juga saya menyepi dari update blog ni. Hampir 2 bulan lamanya. Semuanya disebabkan kekangan masa yang melanda. Chewwah! Bajet busy giler!! Haha..

Sebenarnya saya dah bertukar tempat kerja. Dah lebih sebulan bekerja di tempat baru. Di salah sebuah IPTA Malaysia. Jadi tempoh sebulan ni adalah untuk proses penyesuaian diri lah orang kata. Alhamdulillah.. much better. Banyak cabaran baru yang perlu dilalui. Tapi, itulah kehidupan kan. Kalau tiada cabaran, tak seronok pulak!

Kalau nak dibuat perbandingan kerja di tempat lama dan kerja di tempat baru, teramatlah jauh bezanya. Bagai langit dengan bumi. Sampaikan orang pun pelik, kenapa nak tukar tempat kerja selepas lebih tujuh tahun berkhidmat dengan company lama. Saya ada alasan saya yang tersendiri.. Rahsiaa!!

Dulu

# Masa kerja adalah fleksibel yang mana saya sangat suka part ni.. :)
# Pakaian bebas asalkan sopan. Hari-hari pakai seluar jeans dan t-shirt jer. Tak perlu nak gosok-gosok baju ni.. :)
# Ni paling best! Tak perlu nak fikir nak pakai baju apa pergi kerja sebab ada lebih 20 t-shirt / shirt yang company provide. Mewah gila baju..
# Dulu kerjanya adalah berjalan-jalan di seluruh Seremban dan Nilai.. Kerja site kenalah keluar kan! Jadi nak menular pun senang.. Keh3x..
# Sangat mewah makan. Setiap pagi mesti nak pekena nescafe ais. Nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, thosai, western breakfast etc. Sebab ada geng nak makan!

Sekarang

# Jam 7.30 pagi dah tercongok kat ofis. Sebab target sharp pukul 5 petang nak gerak balik!Saya ni morning person, jadi tiada masalah nak bangun awal.. Yeay!!
# Setiap malam dok fikir, esok nak pakai baju apa ye?? Yang untungnya, baju-baju kurung dalam almari tu dah mula berusik!Kalau tak, terperam dalam almari je lah..
# Oh! I dapat 1 bilik uolls kat pejabat ni.. Bukanlah bos pun.. Tapi orang nak bagi, terima je lah.. Haha.. Privacy la sikit kan, so boleh update blog masa lunch hour..
# Sepanjang waktu kerja hanyalah di pejabat sahaja. Dari pukul 8 pagi hingga ke 5 petang bertemankan aircond memanjang. Awal-awal masuk kerja dulu, ada rasa nak demam jugak la sebab tak biasa kena aircond ni.. Ahaks!
# Mewah juga dengan makanan tapi bila ada meeting je lah.. Hehe..

Dari segi kerja, In shaa Allah tiada masalah. Ada masalah pun takpe.. Kita hadapi jer kan.. :) Alhamdulillah, kita masih diberi pekerjaan berbanding dengan mereka yang masih belum ada rezeki untuk bekerja. Ini adalah kerja hakikiku. Sekurang-kurangnya saya dapat menimba pengalaman bekerja dengan sektor swasta, sektor kerajaan dan In shaa Allah akan datang pengalaman bekerja sendiri pula.. Ameen!

Readers! If nak suplemen shaklee atau sebarang consultation tentang kesihatan do pm me ok! Atau whatsapp di 017-6734603.
  
Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah ID 885249);

sms/whatsapp : 017-6734603
http://bit.ly/PM_Farah

No comments:

Post a Comment