MIGRAIN : Jangan ambil mudah!



Assalamualaikum w.b.t

Saya pasti semua orang mesti pernah kena sakit kepala. Cuma kita tak sedar samada sakit kepala yang dialami tu mungkin adalah petanda migrain ataupun hanya pening kepala biasa. Dalam entry ini, jom kita tengok sedikit perbandingan antara migrain dan pening kepala.

Beza MIGRAIN dan pening kepala

Migrain
Migrain

 MIGRAIN
Penyakit migrain adalah apabila kesakitan yang dialami berupa denyutan di sebelah kepala yang datang dengan perasaan mual, ingin muntah, tidak tahan kepada bunyi yang kuat, dan juga cahaya yang terang. Kebiasaanya kesakitan migrain disebabkan oleh pendarahan haid (bagi wanita), pertukaran cuaca panas dan sejuk, berpuasa, kekejangan minda, kurang tidur, cahaya lampu yang terang atau bau-bauan yang kurang menyenangkan.

PENING KEPALA
Pening biasa akan datang menyerang pada bahagian kiri dan kanan tempurung kepala dan boleh berlanjutan sehingga beberapa jam. Ia dikaitkan dengan perasaan penat, stres, tekanan emosi, badan kurang sihat, sinus yang membengkak dan demam.

Info ringkas MIGRAIN

∎ Sakit pada sebelah kepala sahaja pada satu masa tetapi boleh merebak ke seluruh kepala
∎ Boleh berlaku ketika seseorang wanita datang haid
∎ Sakitnya berdenyut-denyut dan berlaku secara perlahan. Ia akan betambah sakit selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekuran-kurangnya dua ke empat jam atau lebih lama
∎ Boleh jadi lebih teruk kerana tekanan, pengambilan alkohol atau sesetengah jenis makanan seperti coklat
∎ Ia berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas
∎ Pengidap migrain akan mengalami rasa loya dan harus tidur untuk meredakan rasa sakit
∎ Sakit kepala mungkin menyerang sesekali dalam masa beberapa hari atau minggu. Boleh jadi tiada serangan migrain langsung. Berlanjutan selama beberapa jam tetapi jarang sekali melebihi satu atau dua hari
∎ Berkemungkinan menyerangseseorang yang mempunyai sejarah keluarga menghidap migrain

Bahayakah MIGRAIN?

Penyakit ini tidaklah bahaya secara umumnya. Bagaimanapun, jika tidak dirawat dari awal, ianya boleh mendatangkan kemudaratan:
∎ Komplikasi besar migrain termasuklah rasa sakit yang teruk (kronik) dalam tempoh melebihi 2 minggu.
∎ Migrain juga boleh menyebabkan serangan sawan, strok, dan serangan teruk yang melibatkan lumpuh untuk sementara waktu
∎ Sekiranya kerap mengalami migrain, penghidapnya mungkin menjadi tidak gemar untuk keluar rumah dan bersukan. Pada tahap ini, penghidap migrain mungkin akan terdedah dengan penyakit berkaitan vaskular seperti sakit jantung dan serangan strok

Suplemen SHAKLEE yang boleh membantu kurangkan simptom MIGRAIN?

Migirain Shaklee
Set Shaklee : Migrain / Sakit Kepala

AMARAN!!!
1) Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah ID 885249);
sms/whatsapp : 017-6734603
http://bit.ly/PM_Farah

No comments:

Post a Comment