Mari kita berzumba!!!

Assalamualaikum w.b.t

Ini cerita minggu lepas. Tapi baru nak update hari ini.. :)

Last week, sepupu saya ajak join dia pergi kelas zumba. Saje-saje katanya.. Suka-suka.. Rupanya sepupu saya ni lama dah pergi ke kelas zumba. Since bulan 3 lagi, and dia konsisten dengan aktiviti ni. Seminggu sekali berzumba..  Sangat kagum weh!! (Sebab diri sendiri kalau buat pun paling lama dua bulan aje.. ;()

Dan ini merupakan pengalaman pertama saya berzumba!Excited??? MESTIII!!! Hehe.. 

Bertempat di D'S2 Mall Seremban 2, pada setiap hari Rabu malam Khamis, bermula jam 8.00 malam sehingga 9.00 malam. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM14 setiap sesi. Tapi kalau anda merupakan 30 peserta terawal, anda mungkin dapat discount 100%. Maknenya FREE la tuh!!Nak tahu maklumat tambahan, aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan, boleh rujuk sini ----> Seremban Fit Challenge. Ada banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan. Semuanya untuk kecergasan diri. Bagi yang nak kurangkan berat badan, anda sangat digalakkan untuk attend this class.



Pic credit to Seremban Fit Challenge

Pic credit to Seremban Fit Challenge
Komen saya tentang aktiviti berzumba ni:
"Zumba ni satu aktiviti yang bagus! Kita boleh enjoy dan pada masa yang sama peluh pun keluar. Kalau anda jenis yang malas nak excercise, tapi suka menari.. Zumbalah penyelesaiannya!!"

Sekian saja entry pada kali ini. Semoga anda mendapat manfaat daripada entry ini. Terima kasih!

No comments:

Post a Comment