Cara Mencuci Tandas Paling Mudah dan Murah



Assalamualaikum w.b.t

Hari minggu adalah hari untuk kita mengemas, mencuci dan mengerjakan kerja rumah. Setuju kan? Bila sebut kerja rumah, maka termasuklah kerja-kerja mencuci bilik air. Cuci bilik air pula automatiknya adalah kerja mencuci dinding, lantai, tandas, sinki dan semuanyalah!

Biasanya kotoran yang degil melekat di dinding atau di lantai tu, anda gunakan pencuci apa? Saya suka gunakan Basic H Shaklee.. Cara-caranya:


Penuhkan bekas spray dengan air. Kemudian campurkan 1 titis Basic H ke dalamnya. Goncang bekas tersebut supaya titisan tadi meresap keseluruhannya.

Langkah kedua, spray bancuhan tu ke arah dinding-dinding ataupun lantai ataupun tandas yang kotor, ataupun dah berlumut.

Biarkan selama3-4 jam ataupun semalaman. Campuran tu akan mencairkan dan menanggalkan kotoran tersebut.

Lepas dah beberapa jam tu, ambil berus untuk sental dinding / lantai / tandas supaya segala kotoran tu terus tertanggal.

Basuh dan bilas dengan air. Selesai.
Inilah Basic H kesukaan saya. KLIK SINI..
Mudah kan? Segalanya mudah bila kita memudahkan! Chewwah.. Hehe.. Kalau boleh selalu-selalukanlah diri kita untuk mencuci tandas di rumah. Rumah sendiri kot! Takkan nak harapkan orang lain. Kalau kita buat seminggu sekali, trust me, kerja-kerja mencuci ni tak akan menjadi sukar. Ia menjadi sukar bila kita abaikan kebersihannya sampai berbulan-bulan. Bila lantai pun dah berlendir, melekit2, sanggup ke? Sanggup atau tidak, tetap kena bersihkan jugak kan?

Sebab tu lah saya memilih Basic H sebagai bahan utama pencuci rumah saya. Mungkin ada yang musykil ataupun ragu-ragu. Betul ke hanya dengan setitis bahan pencuci ni boleh hilangkan segala kotoran? Ketahuilah rakan-rakan blogger sekalian! Penggunaan Basic H ini adalah kaedah mencuci secara semulajadi tanpa racun dan toksik! Setitis sahaja sudah mencukupi memandangkan kepekatannya yang sangat tinggi!

Selain daripada kegunaan mencuci tandas, Basic H juga saya gunakan untuk kegunaan mencuci seisi rumah:
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot 
Untung kan? Satu jenis pencuci untuk seluruh rumah! Wah.. Memang sangat menjimatkan. Untuk makluman, Basic H ini adalah rumusan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa. Sebab itulah Basic H ini dijamin selamat kerana ianya tidak mengandungi toksik dan bahan kimia berbahaya. Kiranya lepas cuci lantai, dah tak perlu nak bilas dengan air dah. Sentiasa Selamat, Berkesan dan Mesra Alam. 

Kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada persekitaran yang tidak bersih. Jadi, sama-samalah kita tingkatkan kebersihan diri, kediaman dan juga tempat tinggal kita. Ingat tau! Ayuh berusaha! Assalamualaikum..
 
Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah ID 885249);
sms/whatsapp : 017-6734603
http://bit.ly/PM_Farah
facebook : Kekal Sihat & Cantik bersama Qaseh-delima

No comments:

Post a Comment