Tips Jimat Berbelanja

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah cara saya untuk sentiasa ingatkan diri agar jangan membazir membeli barangan-barangan yang tidak diperlukan. Lumrah manusia, memang suka benda baru, benda cantik dan benda mahal kan! Tapi dalam berbelanja, kita kena beringat juga. Sebabnya kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang. Kita pun kena aware.. Kos sara hidup di Malaysia ni makin lama makin meningkat. Nak tak nak, kita kena jadi pakar kewangan untuk diri sendiri. Supaya at the end of month kita still ada saving, bukannya defisit.

1. Senaraikan jumlah pendapatan bulanan. (Gaji bulanan + sewa rumah + sewa rumah kedai + bisnes online + tusyen + jualan kek/cookies + dll yang mendatangkan penambahan pendapatan)

2. Senaraikan jumlah perbelanjaan yang tetap (Sewa rumah + bank loan + ansuran kereta + bil elektrik/air + zakat + duit bulanan mak abah + duit insurans + bil telefon + astro + komitmen2 lain)

3. Senaraikan juga jumlah perbelanjaan harian. (Petrol + makan minum + shopping + rawatan kesihatan + barangan dapur + apa sahaja yang dibelanjakan)

Contoh:





1/3
Minyak kereta
RM50
Keperluan
1/3
Tol
RM6.20
Kemudahan
1/3
Lunch
RM7
Keperluan
2/3
Pasar
RM14
Keperluan
2/3
Skirt
RM50
Keinginan
2/3
Rawatan kesihatan
RM100
Keperluan
5/3
Barangan dapur
RM40
Keperluan
6/3
Car wash
RM10
Kemudahan
6/3
KFC
RM10
Keinginan
7/3
Minyak kereta
RM50
Keperluan










 # KEPERLUAN -  Item-item yang diPERLUkan untuk meneruskan kelangsungan hidup
 # KEMUDAHAN - Item-item yang digunakan untuk memudahkan urusan harian. Kalau tiada tak apa, kalau ada sangat mudah!! Contohnya tol. Alternatif lain adalah menggunakan jalan dalam. Tapi kalau guna jalan dalam ni, perjalanan yang ambil masa 20 minit kadang-kadang boleh lajak sampai ke satu jam. So fikir, nak buang masa ke nak buang duit??
 # KEINGINAN - Item-item yang kalau tak ada pun tak mengganggu urusan hidup. Cuma ada gangguan emosi je lah.. Hehe.. (TAPIII... Sekiranya ada rezeki lebih, tidak salah kalau nak berbelanja lebih. Semuanya bergantung kepada income kita, okay)

3. Buat kira-kira:
       Jumlah Pendapatan - Jumlah Perbelanjaan = SAVING

Bila dah dapat anggaran jumlah perbelanjaan bulanan, kita dah boleh tetapkan jumlah saving bulanan sebenarnya. Contoh macam ni:

Jumlah pendapatan - RM2000
Jumlah perbelanjaan (tetap + harian) - RM1500
Saving - RM500

Jadi buat penetapan Saving RM500 untuk setiap bulan. Wang yang boleh keluar dari account hanya RM1500 untuk urusan-urusan perbelanjaan tadi. Walaupun keluar RM1500, tak semestinya kita pun belanjakan RM1500 tau! Dari RM1500 tadi pun kita boleh buat saving lagi.. Ingat tak, kan kita dah buat senarai perbelanjaan harian.. Dari situ kita boleh semak mana yang perlu, mana yang tak perlu.. Mana yang urgent, mana yang tak.. Mana yang boleh dikurangkan.. and so on.. Pandai-pandailah buat analisis sendiri. Yang penting kene JUJUR dengan diri sendiri.. Hehe..

Saya mula mencatatkan perbelanjaan harian saya sejak Januari 2015. Kenapa? Sebab saya nak tahu apa yang saya belanjakan.. Berbaloi ke wang yang dibelanjakan tu.. Ataupun hanya buang duit untuk benda-benda yang tidak berfaedah! Untuk Januari, berkat ambil langkah-langkah penjimatan, saya masih ada wang lebihan daripada wang perbelanjaan yang diperuntukkan. Walau sikit, tapi happy sangat!!!

Dan saya juga ambil langkah untuk menambahkan pendapatan dengan bisnes secara online. Saya gunakan keuntungan bisnes untuk bayar tol. Kalau untung lebih, dapatlah pergi keje lalu highway.. Kalau tak, terpaksalah lalu jalan dalam yang kene tempuh 3 sekolah pada waktu pagi dan tentunya akan ambil masa lebih sebab nak lalu satu sekolah je dah ambil masa sekurang-kurangnya5 minit! Huh!

Nak catat perbelanjaan kat mana? Zaman sekarang kan zaman teknologi.. Ada je application kat google play tu untuk rekodkan perbelanjaan kita. Tapi saya guna apps Color Note jer.. ;p

Terima kasih. Semoga entry ini bermanfaat buat anda.

Nak join saya cari income lebih?

Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah ID 885249);
sms/whatsapp : 017-6734603
http://bit.ly/PM_Farah
facebook : Kekal Sihat & Cantik bersama Qaseh-delima
✉ emel : qasehdelima.fdn@gmail.com

No comments:

Post a Comment