White Water Rafting

Assalamualaikum w.b.t

Bila kerja kerajaan ni, selain meeting, menghadiri bengkel juga adalah satu perkara yang wajib. Bengkel ni ada 2 jenis. Kategori 1 jenis yang mendengar sampai kadang-kadang rasa mengantok pun ada sebab dalam keadaan berhawa dingin dan disediakan makan minum yang cukup. Kalau ada aktiviti berkumpulan, lega sikit.. :) Kategori 2 ni pula jenis aktiviti luar. Ini yang i suke!!! Lebih-lebih lagi bila digabungkan kedua-dua kategori ni.. Barulah balance!!

Ini adalah pengalaman pertama saya menjalankan aktiviti white water rafting. Masih ingat lagi beberapa bulan sebelum tu, tengok sepupu join aktiviti ni kat facebook. Terus cakap kat kakak.. "Angah, farah teringin sangat nak water rafting ni.. tapi entah bilalah dapat.." - Ayat sedih. So bila dapat tau yang ada bengkel di Kampar dan salah satu aktivitinya adalah white water rafting, terus excited okay!! Tak sangka impian kecil ni bakal terlaksana. Bila officemate tanya tak takut ke? Saya dengan yakinnya jawab.. Rasa takut tu ada, tapi rasa excited tu terlebih.. Hehe.. Macam budak-budak excited bila dapat gula-gula pulak kan!

Hari yang ditunggu pun tiba. Perasaan? Berdebar-debar.. Sangat!! Lebih-lebih lagi bila tengok arus sungai yang deras. Terfikir jugak.. Boleh ke aku buat ni? Tapi gigihkan diri jugak sebab dah sampai pun. 
Arus sungai yang deras
Perkara pertama wajib buat adalah mendengar taklimat keselamatan. Kan first time, so kenalah belajar perkara-perkara asas ni. Macam mana nak pegang paddle.. macam nak nak kayuh.. Kalau terjatuh dalam sungai kena buat apa.. Kod-kod arahan yang diberikan.. Forward.. backward.. bum bum.. paddle up.. eh!! Dan untuk safety purpose juga kenalah pakai safety helmet. Laluan kat sungai tu kan berbatu-batu, so kalau terjatuh takut terhantuk kepala pula.. Sebaik-baiknya pakai kasut getah supaya tak licin.

Taklimat Keselamatan

Sebelum berlepas
Selesai briefing, perjalanan pun bermula.. :) Disebabkan hujan semalaman, maka arus sungai tersangatlah kuatnya. Atas faktor keselamatan, kami tak bermula dari tahap 1. Terus skip ke tahap 13 daripada 15 tahap. So honestly, excitednya hanya 30 minit yang pertama jer. Haha.. Sebab di situlah tempat yang mencabar.. Ada banyak jeram yang dilalui.. So bila lalu kat jeram tu paras adrenalin pun sama-samalah menjalankan tugasnya.. Selebihnya macam naik cruise jer menikmati pemandangan yang sangat mendamaikan jiwa. The end. Apa yang berlaku tak menepati imaginasiku. Huwaa...!!! Tapi tak apa..anggap ni sebagai pemulaan jer. In shaa Allah.. ada masa, ada rezeki lebih, kita pergi yang lebih adventure pula.. :)

Forward.. forward!!
Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan
Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke web ni ye - Kampar River Rafting. Saya tak ada maklumat lanjut sebab semuanya pun urusetia yang sediakan. So i just attend jer.. ;p

Terima kasih. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment