Kafe Ilmu

Assalamualaikum w.b.t

Dah 2x FD terperasan tentang rancangan Kafe Ilmu di TV 2 ni.. Waktu siaran pada pukul 6.30 pagi pada hari Rabu. Kafe Ilmu ni mengisahkan tentang ilmu-ilmu perniagaan daripada para usahawan Malaysia. Kebetulan hari ini Zizan Nin menjadi tetamu undangan.

Apa yang dapat disimpulkan hasil mendengar selama 5-10 minit tadi adalah:

- Untuk berniaga kita perlu ada ilmu
- Hidup kita penuh dengan liku-liku kehidupan. Tetapi dugaan dan cabaran itulah yang akan menjadikan diri kita lebih kuat dan memberikan corak kehidupan yang berwarna-warni
- Kekecewaan dalam perniagaan itu normal tapi yang penting jangan pernah berputus asa


Sekian.

No comments:

Post a Comment