Petua Jaga Kecantikan Kulit

Assalamualaikum w.b.t.

Membersihkan kulit

* Mandi sekali hingga dua kali sehari atau lebih sekiranya badan mudah berpeluh dengan banyak
* Sabun tidak memudaratkan, tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum
* Penggunaan air panas juga boleh menyebabkan kulit kering
* Gunakan sabun atau pencuci yang lembut jika mempunyai kulit yang kering
* Bagi kulit sensitif, elakkan sabun atau pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit

Gunakan pelembab selepas mandi

* Pelembab membantu mengekalkan kelembapan kulit
* Minyak bayi boleh digunakan untuk kulit yang kering
* Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembab
* Gunakan penyegar bagi menutup liang roma jika mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkan liang pori
* Gunakan bahan pelembab mata di sekeliling kelopak mata. Ia boleh membantu mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif

Lindungi diri daripada sinaran cahaya matahari

* Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari apabila perlu
* Pelindung matahari perlu disapu semula selepas dua hingga tiga jam berenang terutama di kawasan yang teruk

Salin dan pakai pakaian yang bersih sekerap mungkin

Bersenam secara berkala  membantu melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit, sekaligus mengekalkan kesihatan kulit

Amalkan makan makanan berkhasiat yang mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral. Selain itu, amlkan pengambilan sayurdan buah yang kaya dengan sumber vitamin.

Jangan merokok

* Bahan berbahaya yang terdapat di dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut selain meningkatkan risiko mendapat kanser

Banyakkan minum air bagi menambah kelembapan kulit.

✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯

Cadangan Produk Shaklee:

1) Normal Skin

Nutriwhite
 2) Normal-Dry Skin

Enfuselle Basic System Normal-Dry

3) Normal-Oily Skin
Enfuselle Basic System Normal-Oily
AMARAN!!!
1) Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
Hubungi Pengedar Shaklee Anda (Farah ID 885249);
sms/whatsapp : 017-6734603 
http://bit.ly/PM_Farah

No comments:

Post a Comment