Whatsapp & Telegram

Assalamualaikum w.b.t

Whatsapp dan telegram. FD cuma ada dua ni saje sbg medium komunikasi pengganti sms. Kalau laman sosial, FD ada facebook, instagram dan google+. Tak reti nak handle banyak2 sebenarnya.. 

Zaman serba canggih sekarang ni, medium komunikasi yang sangat terkenal adalah whatsapp dan telegram. Kedua-duanya digunakan secara meluas termasuk dalam sektor pekerjaan. Di tempat kerja FD sendiri, FD dah ada 12 group whatsapp dan 1 group telegram. Banyak kan? Aktif ke semua group? Semestinya tidak.. Haha.. Hanya satu dua group saje yang aktif. Yang memerlukan komitmen kerja yang tinggi. Kalau nak aktif semua group, alamatnya tak jalan la kerja. Walhal tujuan utama group ditubuhkan adalah untuk memudahkan urusan kerja.


Persoalannya, praktikal ke penggunaan medium sosial ni sebagai alat komunikasi dalam menjalankan kerja? Bagi FD sendiri, medium-medium ni banyak bantu dalam mencepatkan urusan kerja. Kalau nak sampaikan maklumat, perlukan maklum balas cepat, nak beri arahan kerja.. taip je dan maklumat terus sampai kepada semua orang yang berkaitan. Memang memudahkan!

Tapi kadang-kadang ada perkara yang perlu kita lakukan secara personal. Tak perlu menggembar-gemburkan pada semua ahli group. Terutama kalau sekiranya perkara tu tak berkaitan dengan ahli lain. Ataupun sesuatu perkara yang boleh mengaibkan orang lain. Kan lebih baik diselesaikan secara profesional. Jaga aib orang, maka Allah akan jaga aib kita. Kalau nak tegur pun, tolonglah tegur secara berhemah. Kita manusia ni memang tak lari dari kesilapan. Dan perlu diingat kita bukannya sempurna. Ada masa kita akan buat silap juga. Kalau masa tu kena kat diri sendiri apa yang kita rasa?

Pengalaman FD sendiri, FD tersilap emel dokumen yang diperlukan. Then hamba Allah ni pergi 'serang' FD dalam group whasapp. Of courselah akan rasa malu sebab dalam group tu semua kawan-kawan sekerja. Kan lebih baik call personally tanya.. Kadang-kadang kesian juga bila ada staf yang kena tegur dalam group ni. Daripada orang lain tak tau apa-apa, dah semua orang tahu. Kadang-kadang itulah pertama kalinya dia buat silap, tapi orang akan terus beranggapan yang negatif. Tak adil kan?

Sekadar meluahkan pendapat. Setelah beberapa hari tak update blog. Dan setelah beberapa kali melihat senario yang sama. Pesanan FD, fikirlah dulu sebelum buat sesuatu. Jangan pentingkan diri sendiri semata-mata.

Sekian.

No comments:

Post a Comment