How i miss Salcon!

Assalamualaikum w.b.t

Lunch hour.

How i miss Salcon! Salcon company pertama aku bekerja.. Banyak sangat pengalaman yang ditimba. Bukan sekadar pengalaman bekerja.. tapi juga pengalaman dalam kehidupan.. Sangat sukakan suasananya yang sangat santai.. Walau ada masa ada juga tegangnya, tapi adatlah kan! Ada masa okay ada masa tak.. Yang penting aku punya sahabat yang sentiasa ada masa suka dan duka.. :)

Bekerja di Salcon sangat enjoy.. Walau kena kerja waktu malam, hujung minggu.. tak pernah pun rasa macam terpaksa.. Semangat lagi adalah!! Betapa sukanya akan keje masa tu.. tapi.. those were the days.. Jodoh dengan salcon tak panjang. Hanya setakat 7 tahun sahaja.. 

Gigih cari gambar kat facebook.. Tapi gambar di site tiada.. ;(

Hari-hari kat sinilah tempat aku duduk kalau tidak keluar ke site.. Setia di sini menyelesaikan segala analisis dan laporan yang diperlukan..

And finally.. projek pun tamat! Bungkus-bungkus segala dokumen masuk dalam kotak and leave..

It's okay.. life must go on! Kini.. walau di mana jua, akan kukenang pengalaman yang amat berharga itu.. Mudah-mudahan kita akan bertemu kembali.. In shaa Allah.. :)

No comments:

Post a Comment