Mix feeling

Assalamualaikum w.b.t

Duhai hati, bersabarlah..!!

Terlalu tinggi beban perasaan yang ditanggung saat ini.

GEMBIRA bila memikirkan tinggal dua bulan sahaja lagi nak tinggalkan tempat ini..

SEDIH bila memikirkan ahli keluarga dan kenalan rapat semuanya berbahagia sedangkan diri ini masih tercari-cari erti kebahagiaan..

MENGHARAP bila membaca cerita-cerita motivasi tentang kejayaan mencapai kehendak dan impian masing-masing..

KECEWA bila apa yang diingini semenjak 10 tahun lalu masih tidak nampak bayangannya pun..



BAHAGIA bila mama dan papa sentiasa ada menyokong diriku..

MARAH bila diri sendiri tidak kuat untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran dengan penuh keredhaan..

KEHILANGAN bila adik yang paling rapat dengan diriku sudah menjadi milik orang lain..


Sejak hari itu, banyak kali air mata sepertinya mahu tumpah dari empangan mata.. namun sehingga kini ianya tidak jatuh-jatuh! Aku takut.. Kerana jikapun aku menangis, kehidupanku tetap tidak akan berubah.. Acapkali aku menangis untuk melepaskan segala perasaan yang terbungkam, namun ketenangan yang dirasai hanya sementara..:(

No comments:

Post a Comment