My TOP 5 exercises!

Assalamualaikum w.b.t

Lama dah tak pergi ke gym.. Dulu memang selalu angan-angan nak berdisiplin pergi gymnasium.. Sebab rasa macam sangat 'sihat' bila dapat mengeluarkan peluh.. Kononnya macam mengamalkan gaya hidup yang sihat lah!

Kat office pula, staff memang digalakkan untuk beriadah. Sebab tu salah satu kursus yang wajib kami ikuti adalah Klinik Kecergasan dan Kesihatan. Dalam klinik ni, kami diminta untuk menjalani ujian kesihatan selewat-lewatnya 2 hari sebelum kursus dijalankan. Hari kursusnya pula, kami dikehendaki menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) di mana ujian-ujian berikut akan dijalankan:

i) Lari 2.4 km (Masa yang diperuntukkan adalah 15 minit.. Masa aku adalah 20 minit.. Terlebih 5 minit)
ii) Tekan tubi
iii) Bangun tubi
iv) Duduk dalam jangkau (nak uji fleksibiliti)
v) Lompat jauh berdiri

Setel UKJK ni, taklimat kesihatan pula.. Dalam taklimat ni, doktor akan kaitkan dengan keputusan ujian kesihatan yang kami jalani sebelum tu. Taklimat kesihatan ni adalah secara general berkaitan jantung, tekanan darah, paru-paru, ujian darah, BMI dll. Kursus ni diadakan dengan harapan bila tubuh badan sihat, maka produktiviti juga akan meningkat.. Tapi bagi aku, tubuh sihat pun kalau ada perasaan MALAS outputnya tetap sama. Malah mungkin makin merudum!

Selain kursus ni, hari rabu diisytiharkan sebagai hari beriadah.. Bermula pukul 5.30 hingga 6.30 petang akan diadakan senaman aerobik atau aktiviti berbasikal. Aku? Memang taklah nak join aktiviti-aktiviti gitu.. Sharp pukul 5 mesti dah berkemas-kemas nak balik rumah.. Biarlah orang nak kata apa.. Yang aku tahu masa aku punch in lebih awal daripada orang lain dan aku tidak keluar semasa lunch hour.. Orang kata work SMART, not work HARD.. Itu prinsip aku.. Kalau nak beriadah pun, biarlah kat tempat lain.. Semak weh kalau semua aktiviti pun kat buat kat tempat yang sama jer..

Coretan ni dibuat sebab aku dah lama tak ke gymnasium.. Nak cari semangat balik untuk beriadah! Pasang impian juga untuk naik ke puncak Broga. Satu hari nanti.. Fighting!!!

No comments:

Post a Comment