Siapa kata jadi seorang PEGAWAI KHAS itu mudah?

Assalamualaikum w.b.t.

Siapa kata jadi seorang PEGAWAI KHAS itu mudah?

Since the first day aku menyandang jawatan tersebut, aku sedar ianya bukan satu tugasan yang mudah.. Lebih-lebih lagi ianya tidak kena langsung dengan jiwa aku.. Menjadi seorang Pegawai Khas memerlukan kita ALERT kepada keadaan sekeliling, wajib AMBIL TAHU tentang segala perkara.. dan perlu sentiasa BERSEDIA..

Dan aku bukanlah orang seperti itu.. Mungkin didikan bekerja dengan pengawasan yang sangat minimum selama 7 tahun membuatkan aku tak boleh nak adapt dengan persekitaran baru ini.. Eh silap! Boleh adapt tapi aku TIDAK GEMAR melakukannya! Jadi faham-fahamlah.. bila tak suka, maka segala-galanya akan jadi sangat membosankan..

Pertama. Terlalu banyak protokol dan prosedur yang perlu diikuti.

Kedua. Payah betoi nak bercuti.. Kalau bercuti pun, laptop tak lengang dari tangan. Bayangkan tengah pergi jalan-jalan ni.. tapi tangan dok asik cek emel.. Laptop memang dok angkut je lah standby nak sediakan laporan-laporan or info-info lain. Memang potong mood abes! Sebab tu sangat jeles bila tengok orang lain bercuti..

Ketiga. Terpaksa tanggung kerja orang lain. Bila bos nak kan sesuatu perkara itu dengan cepat, dan kita pun dah push orang yang berkenaan tapi tiada juga maklum balas.. At the end, nak tak nak, kitalah jadi mangsa. Kalaupun bukan kita yang offer, confirm bos suruh kita jugak. Haish!!


Jadi, siapa kata jadi seorang PEGAWAI KHAS itu mudah?

Sebab tu aku sangat RESPECT dengan orang berjiwa kental yang sanggup menjadi seorang Pegawai Khas. Sebabnya banyak benda yang diorang kena korbankan demi tuntutan kerja ni. Keluarga memang terpaksa kena tinggal selalu. Waktu kerja yang tak kenal masa. Ke sana ke sini.. Ye.. aku sangat KAGUM dengan korang!

No comments:

Post a Comment