ESP Shaklee kurangkan parut jerawat

Assalamualaikum w.b.t

Sambungan daripada entry Risik Merisik ESP..

Sebelum sambung kisah ini, aku nak khabarkan dahulu bahawa ESP (Energizing Soy Protein) ini adalah PROTEIN. PROTEIN adalah bahan utama dalam menggantikan sel-sel kulit mati. Dan tahukah anda bahawa sel-sel kulit diganti setiap 24 hari? Sekiranya kita tidak mempunyai sumber protein yang mencukupi, dah tentulah sistem badan tidak dapat memperbaharui sel.. Nah! Di sinilah pentingnya untuk kita consume protein mengikut kadar yang ditetapkan..

Seperti yang aku kisahkan pada entry yang lalu, masa makan aku sememangnya tak tentu masa. Kadang-kadang makan, kadang-kadang skip.. Dengan corak pemakanan yang begitu, sah-sahlah badan ni TIDAK CUKUP NUTRIEN.. Bila tak cukup nutrien, macam mana badan mak berfungsi dengan baik? Macam mana sistem nak baiki apa-apa yang patut? 

Betul ke ESP Shaklee kurangkan parut jerawat?

So solution yang ada masa tu adalah ESP.. ESP ni ada banyak manfaatnya. Selain dapat membekalkan tenaga, ESP juga membantu untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Jadi bermulalah kembali rutin minum ESP. Setiap pagi buat bekalan untuk diminum di pejabat (dah cerdik sikit nak bawa ke ofis.. haha.. sebelum ni tak terfikir pun.. ;p).. Siap bawa stok ESP ke office untuk alas perut kalau-kalau tak sempat nak makan.

ESP ku!!
Nak dijadikan cerita after consume beberapa hari, dah ada kawan yang tegur.. 'Muka nampak glowing la..' Dalam hati dah terdetik dah.. 'Dia ni perli ke apa.. Baru amek tak sampai seminggu dah puji pulak..' Tapi tetap layankan sahaja sahabat yang sorang tuh.. And after one week, memang perasan kesan-kesan hitam dah semakin pudar.. Bila mama sendiri yang tegur nampak ada perubahan, terus 100% percaya ESP Shaklee dapat bantu kurangkan parut jerawat! Haha..

Inilah antara cebisan kisah aku dan ESP.. Bila terjadi kes-kes begini membuatkan aku bertambah yakin dengan ESP dan shaklee.. ;)

No comments:

Post a Comment