Ini betul-betul bahaya

Assalamualaikum w.b.t

Ini betul-betul bahaya.. Last weekend tak ada plan pun nak bershopping bagai.. So memang tak keluar rumah pun! Tapiiii.. macam mana orang tak keluar tapi duit boleh keluar?? Musykil sangat nih!

Dalam pada nak berjimat akhirnya terbelanja juga duit yang disimpan.. Ini semua gara-gara Mood Republik Tour Kuantan.. Memang berhasrat nak cari shawl.. Nak dipadankan dengan baju yang sedia ada di rumah. Biasanya kalau cari sendiri memang tak akan beli sebab jadi rambang mata.. Sekarang kan ada macam-macam butik yang menjual pelbagai jenis pakaian muslimah.. Selalu je masuk dari satu butik ke satu butik tapi end up nothing.. Selamat duit!

Dalam kisah ini, adik yang pergi ke karnival tu. Memang berkenan dengan Shawl Cattleya Couture sebab pernah pakai. Disebabkan dah tahu material dia dan puas hati, jadi plan nak beli 2 shawl sahaja. Tetapi akhirnya end up beli 4 sebab nak cukupkan kuota Beli 4 dapat harga RM100!! Alahai.. Kenapalah nafsu sopping ni hadir waktu ni?? Dan sempat juga grab sehelai jubah daripada Lisa Adam.. Haru betul..


Lepas ni taubat tak nak buat perangai macam ni lagi.. *nanges*

No comments:

Post a Comment